Recent Posts

Wednesday, 14 March 2012

Introducing Egypt

Salam alaikum..
how was our iman..? (soalan yang akak usrah selalu tnya.. mencabar btul jawapan dia)

okay.. seperti yang dah terlepas cakap dalam entry yang lepas.
post kali nie majoritinya adalah gambar-gambar yang orang amik time winter break hari tuh.
well, gambar dia tak cantik mana pun.. tak dak DiSeLaR... uhuk uhuk~
tapi kira 'mesyi' jugak lah nak tunjuk dekat family dengan kengkawan..

Perjalanan Bermula,

20.2.2012
kami bertolak dari alex ke cairo naik train.. dalam pukul 8 malam jugak la sampai stesen keretapi ramsis.. dah banyak perubahan la.. cantik!

Ramsis Station
dekat sini, kami tunggu 'musyrif' aka bodyguard kami untuk teman kami pergi ke rumah anak negeri Pulau Pinang (BKPPPM)..dalam sejam jugak la.. depa kata sesak.. lagipun hayyu sabiq' tuh jauh..

memandangkan kami berlapan.. so kami demand untuk 3 orang musyrif (seorang ustaz penang, 2 orang ustaz pahang).. tuh dia~
haha.. senang sikit nak pecah 3-3-2 untuk naik teksi
lagipun nak melancong nie semua orang bawak beg besar-besar.. cuba try sat sumbat dalam tramco.. =.=" (faham point nie?)

jadi kami bermalam dekat BKAN untuk satu malam..



21.2.2012
lepas subuh, kami terus bertolak ke Fayoum (salah sebuah negeri dalam Mesir)
fayoum nie terkenal dari zaman dulu lagi sebagai negeri yang membekalkan mesir dengan tanam-tanaman (gandum) dan sayur-sayuran.. lebih kurang macam kedah
;tanam padi or perlis;tanam tebu jugak la nie..
jadi negeri nie subur, hijau ja tengok dari jauh..

dekat Fayoum nie la jugak ada tasik Qarun.
penulis nie tak pandai nak cerita, jadi DIJEMPUT dan digalakkan untuk baca blog nie..
klik sini --> kisah qarun
Tasik Qarun (surah al-Qasas  ayat 76, surah al-Qasas ayat 79)

kesian ammu(pak cik) nie kayuh sampan.. nasib la, kami berat.. hihi
dan dekat Fayoum nie jugak masih lagi ada kincir air yang orang zaman dulu guna untuk mengairi tanaman depa..
kincir nie pakar sejarahwan-ustaz-ustazah cakap ada sejak zaman nabi Yusuf lagi..
dan masih lagi berfungsi sampai sekarang.. :D
kincir air.. dipercayai menjadi saluran air utama sejak dari zaman nabi Yusuf.

lepas pergi Fayoum, kami bertolak ke Cairo balik..
destinasi seterusnya.. PIRAMID!!
(even dah 2 tahun dekat sini pun tak pernah pergi lagi pyramid, nasib la..)
Giza

panjat sampai naik puncak jom! alamak pak cik tuh marah la.. haha *cari penulis*

unta nie pun tak nak lepaskan peluang 'posing' depan piramid

Piramid nie kita dah sedia maklum, dibuat waktu zaman Mesir dibawah pemerintahan Firaun dulu.. setiap piramid nie milik setiap Firaun pada zaman tuh..
Firaun perintahkan rakyat dia untuk bina piramid nie sebagai kubur untuk dia mati nanti, sebab dia percaya lepas dia dibangunkan semula, dia akan dibangunkan dalam piramid nie bersama-sama dengan harta-harta dia.
lebih kurang macam Grand Entrance Exit la nie.. semua orang keluar dari tanah, dia seorang ja keluar dari Piramid. tapi dia tak tahu pulak yang dia sekarang kena pindah duduk dalam muzium.. kihkih (okay, main-main ja)

hebatnya piramid nie kenapa?
ustaz cerita yang sampai sekarang tak dak siapa pon boleh bina binaan seperti piramid nie.. kuat dan kekal sampai sekarang..
batu yang dia guna untuk buat piramid nie pun bukan dari Cairo, tapi dipercayai di amik dari Aswan.. punyalah jauh depa angkut batu nie.. nak buat kubur ja kan.. angkuh nya la..
dan berat batu tuh bukan nya se gram dua tapi bertan-tan.. tak larat eden nok mengangkatnya loo jang ooi..

ada sebab kenapa Allah kekalkan binaan piramid nie kan.. hrmm.. fikir-fikir..

sphinx nie dipercayai bertanggungjawab menjaga ketiga-tiga piramid di atas (bapak la ayat skema =.=)


on our way nak tengok sphinx.. 
lepas puas tengok dan bergambar dekat piramid,
kami naik van turun bawah sikit dari kawasan Giza tuh untuk tengok Sphinx.
singa berkepala manusia..
Sphinx nie depa buat macam guardian untuk piramid-piramid nie..
sphinx.. singa berkepala manusia..
lepas penat pusing di Giza, kami bertolak ke Kilang Perfume!! *excited tak*
tak dak gambar la pulak dalam kilang nie, terlampau teruja la katakan..
semua perfume dekat sini non-alcoholic..
dan depa proses sendiri (adoi, memang la proses sendiri, takkan turun dari langit kot)
pak cik kilang tuh bagi kami minut air rosette dan syai(teh)..
banyak jugak la duit habis dekat sini T_T (pasrah jaa)



makan tengahari.. again tiada gambar disertakan sebab malas.. haha (sabar ja la)



dan lepas tuh kami pergi kilang buat kertas papyrus..
kertas yang pertama di dunia. dibuat dari pohon pokok papyrus.
kalau baca buku sejarah form 4 tuh boleh la nampak perkataan nie dekat bahagian Zaman Mesir Purba tuh..


ok.. macam nie yer adik-adik cara nak buat kertas papyrus..
untuk solat kami singgah Masjid Amru bin Al-Ass.
masjid nie merupakan masjid pertama dibina di Africa dan Mesir pada tahun 642AD.
nak tahu detail tentang masjid nie, boleh suruh mr.Google tolongkan.. hihi
[wikipedia - Masjid Amru Al Ass]
Masjid Amru bin Ass, we spend our evening there.
lepas tuh kami bergerak ke Masjid Imam Syafie, pengasas mazhab kita..
penganut paling ramai dekat Asia Tenggara..
Masjid Imam Syafie
Makam Imam Syafie diasingkan dari kawasan ruang solat.. tapi nak solat dekat sini boleh ja.. sayu pulak :'(

Syair Imam Syafie,

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
Makam Imam Syafie.. Imam mazhab kita :')
dan dalam makam Imam Syafie nie jugak, ada makam ibu kepada Sallahuddin..
dipercayai jugak yang Salahuddin bawa sekali kesan bekas tapak kaki Rasulullah waktu datang Mesir dan letak dalam Masjid nie.

Kesan tapak kaki nie bau dia wangi sangat.. Orang-orang dekat situ cakap, setiap jumaat pagi(subuh), orang pertama yang masuk dalam Masjid akan bau haruman seperti di Raudah.. masyaAllah~ :')
dipercayai tapak kaki Rasulullah, wangi kalau ampa cuba bau.. :')
dari masjid kita ke perkuburan as-syahid Imam Hasan al-Bana, pengasas ma'thurat, pejuang ikhwan muslimin..
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" 
(surah ali-Imran 169)
Kubur As-Syahid Hasan al-Banna
penat naik van, kita naik bot pulak..
memandangkan nama pun cuti winter, jadi ampa boleh bayangkan ja la macam mana kami naik bot dengan angin yang 'sepoi-sepoi bahasa' nie.. haha *mengigil*
Sungai Nil.. punca air untuk negara Mesir.. Sungai terpanjang di dunia.. merentasi 10 buah negara..

sejarah sungai Nil nie pada zaman dulu untuk temph 1000 tahun, setiap tahun sg.Nil akan kering air dia.. memandangkan sg.Nil satu-satunya punca air mesir, jadi orang zaman dulu percaya yang depa perlu korbankan seorang anak gadis yang paling cantik sekali dalam kampung depa untuk diberi kepada sg.Nil setiap tahun.. innalillah..

alhamdulillah lepas kedatangan Islam, Sg.Nil kembali mengairi Mesir dan tak pernah kering sampai sekarang.. subhanallah~
naik bot dekat sg.Nil
dan perhentian terakhir kami untuk hari nie.. Hadromaut.. :)
*kruuk krukk* (bunyi perut lapar)
lepas penat berjalan, apa lagi melantak la.. hihi :)
hadromaut nasi mandi kambing! makan sorang-sorang~

Alhamdulillah..
selesai jaulah kami untuk hari tuh.
banyak lagi nak cerita tapi takut tak habis menaip sampai esok pagi pulak.. kahkah~

sampai sini dulu..
*tak boleh nak fikir ayat penutup*
wasalam..........................



*p/s: tahun depan winter break nak pergi mana pulak huh?

5 comments:

Nur Hasyimah Abu Bakar :) said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hasyimah Abu Bakar :) said...

wani, sory delete comment td..
anyway, nice entry..
sayu sedih happy bler tgk gambar2 nie :)
teringt dkt 'mushrifs ' ;)
HAHAHAHA..joke2..
update la yg lain plk..:)

Shazwani Saari said...

haha.. mushrif yg mana syima? kahkah~
nak tunggu syima update dulu syima pnya blog :)

:) said...

kilang perfume,

drink and rest first.at the same time that ammu will demonstrate all the perfumes.i mean he will test and spray it to let us smell the fragrance..

after all, he will ask " do you want in ginayh or usd? "

if we choose to buy it in usd..100 usd..nah!

that one for sure the minimum price it wud be.

btw, normal.the same things happened to tourist that went there.
nice memory so called.

Shazwani Saari said...

haha.. tpi nasib jugak zihah..
dia charge ikut harga student.. dalam genih..
ayat yg sama jugak dia guna.. adooi.. orang berniaga~

Post a Comment