Recent Posts

Friday 30 December 2011

end of year post!

assalamualaikum :)


hai readers!
banyak benda nak cerita hari nie.
serious penat! dah tak macam hari cuti. 
dari malam sebelum semalam, malam semalam, dan sampailah malam nie. haih~ *sigh* banyak betul benda kena attend dan buat (orang tak femes camnie laa)
entah bila laa nak cari proper time untuk study betul-betul.
balik-balik rumah ja, memang pandangan straight sinus forward to katil pink ber'sarotoga'kan(comforter) warna biru laut Mediterranean ja laa.. kiri kanan dah tak kisah (ok, laptop tuh kesah.. sikit.. sikit ja.. ermm)


sebenarnya, untuk entry kali nie tak nak cakap banyak.
just nak share apa yang dapat untuk hari nie.


alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. :)
Allah bukak kan hati untuk join satu daurah nie.


mula-mula waktu dengar ada daurah, haih.. tak senang duduk berdiri dibuatnya.. biasa la tuh.. nafsu nie macam-macam dia bisik "alaaa.. pagi-pagi cuti sekolah camni, sedap-sedap tido, kalau guna untuk study.. banyak benda kot boleh cover, bla bla bla...." (=.=)"


tapi alhamdulillah, Allah tekadkan hati, kuatkan semangat untuk pergi jugak.. walaupun kalau ikutkan nafsu yang jahat dan dengki nie, banyak ja alasan boleh buat..
"akak, saya ada hal la dengan ahli beit.. nak kena beli barang rumah"
"akak, hari nie mengundi la.. saya kena jalankan tanggungjawab saya, vote vote vote"
akak tuh, akak nie, akak eerrr..


aduhai manusia.. macam-macam alasan kita boleh fikirkan..
cam orang dulu-dulu cakap..
"hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
betul la sangat tuh.....


setakat nak pergi beli barang, petang-petang satgi boleh pergi.. tak lari lah Carrefour tuh.. 
lagi-lagi dekat mesir.. mana ada kedai bukak pagi-pagi buta cam gini!


untuk kes mengundi pulak.. sempat ja.. bukan lama sangat pon.. tak sampai 5 minit.. pangkah pangkah pangkah, pastu masuk dalam kotak undian. selesai. balik. tido. makan. movie. shopping.
(tanggungjwab nie ingat pulak, tanggungjawab yang lagi penting(khalifah) tak ingat kah? uhuk uhuk)


baik baik.. terpanjang pulak pendahuluan dia yer..
nie tak masuk lagi isi-isi penting dia.
sorry sorry, amek masa hampa semua..


teruskan..


tajuk daurah kali nie "ahhammiyatul tarbiyah"
apa kebendanya tuh..?? cheq tak mengaji sekolah arab la wahai cik kak penulis blog.


fine fine. maksudnya disini.. 'kepentingan tarbiyah'..
TARBIYAH??!!
haha.. perkataan yang agak scary bila didengari oleh orang-orang kebiasaan nie..
macam-macam nanti depa akan interpret.. 
"alamak, kena brainwash.."
"tidak!!!! syadid, jumud.. tak dak life.. nak buat tuh tak boleh, nie tak boleh, itu tak kena, ini tak kena"
dan yang paling tidak..
"eh.. nie mesti nak ajak join geng-jemaah-dakwah dia nie.. tak nak la aku.. seram sejuk badan nie.. karang tak pasal-pasal orang cakap aku nie busy body la, sibuk la, bajet alim la, ilmu tak tinggi mana ada hati nak ajar orang peehh..."


eeehhhh.. cepat nya jump into a conclusion..!
cuba tanya balik diri kita sendiri..
apa sebenarnya maksud dan definition asal 'tarbiyah' itu sendiri...


secara generally la kan, tak payah nak bukak kamus dewan bahasa dan pustaka pon..
tarbiyah itu adalah DIDIKAN atau asuhan..
didikan yang macam mana tuh?


sebenarnya skop dia luas..
tak kisah la..
didikan dari ibu bapa kita ka,
dari akak-akak murrabbi ka,
dari kawan-kawan ka,
atau dari alam semula jadi dan persekitaran..
semua benda tuh adalah tarbiyah..
setiap ilmu dan pembelajaran yang boleh kita dapat dan ambil untuk mengubah diri kita ke arah menjadi lebih baik..insyaAllah~


dan bila kita dah dapat ilmu nie..
patut ka kita simpan untuk diri kita sorang-sorang..?
tak nak share dengan orang lain.. konon-konon nak cakap "eleh, nie aku punya.. kalau nak, pergi la carik sendiri.. aku dapat nie bukan senang tau..aku tak study pon pagi tadi, pengorbanan aku demi mendapatkan ilmu nie bla bla bla..."


eh eh eh eh..
pergi sharing-sharing tadi, dapat input-input tadi, untuk diri sendiri ja ka? untuk jadi riak takbur ja ka? 
ilmu tuh milik siapa? soal balik... hrrmmm..


jadi, nak cakap dekat sini..
bila kita berkesempatan untuk join sharing nie dan kawan kita tak..
jangan terus tinggalkan dia..
balik tuh, cuba cerita dekat dia apa yang kita dapat.
kata sama-sama nak masuk syurga.
mana tau satu hari nanti dia pun tergerak hati nak join.
kita sampaikan ilmu yang kita dapat.
semoga masing-masing dapat manfaat.


ehh.. kejap. stop!
perasan tak ayat nie "kita sampaikan ilmu yang kita dapat"
(kalau tak perasan, scroll balik tengok ayat dari perenggan ke18  dari baris yang second last..erk -.-")


sampaikan ilmu?!
apa itu sampaikan..??
ha ha ha..
dakwah lah!
terus terang bernyala tak payah nak suluh suluh dah.


memang lumrah manusia bila kita tahu sesuatu benda.
mesti kita nak cerita dekat orang kan kan.?!
tak boleh nak simpan sorang-sorang punya.
even rahsia besar mana, mesti rasa nak cerita jugak.
lagi besar rahsia tuh, lagi membuak-buak nak cerita dekat orang.
last-last tak tahan sangat.. senyap-senyap bisik tepi pokok.. konon-konon tupai-tupai dengan monyet kat situ tak faham la kita tengah cakap pasal apa.. haha (ok.fine.merapu)


tapi itulah sebenarnya DAKWAH..
menyampaikan.
benda simple ja pon..
mungkin kita tak pandai nak cakap cam kak fira,
dakwah orang pung pang pung pang.
ataupun tak reti nak bagi ceramah cam ustaz azhar,
buat ceramah sikit..confirm ramai orang share dekat facebook.
tapi kita still boleh sampaikan kan kan?



contoh cam ilmu medic, bila kita dapat tahu extra ilmu tambahan yang professor cakap,
confirm-confirm.. purata ramai budak medic tahun dua university iskandariah akan rush, kalut-kalut carik kawan dia dan cerita balik ke'excited' dia..
"weh, tadi kan waktu kelas anatomy dengan dr.muhammad gamel, dia kata senang ja nak ingat structure corpus callusum. ingat ReGaBS (bulan rejab dalam slang arab mesir.. huruf 'jim' jadi 'ga').. Rostrum, Genu, Body, Splenium... senang kan kan kan??.." haha...

macam tuh la jugak kita buat dengan dakwah dan tarbiyah nie..
selepas ditarbiyah kita dapat ilmu tuh.. kita sampaikan pulak dekat orang lain. dalam konteks lain mentarbiyah kan orang lain supaya sama-sama tahu. sharing is caring right?
contoh la kan.. 

A :: "weh, tadi waktu kat usrah kan akak tuh cerita pasai surah al-ankabut.. dalam ayat 57 Allah berfirman 'setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan', maksudnya tak dak siapa pun terkecuali dari mati. pastu kan keluaq la kisah nabi Idris yang rapat dengan malaikat maut. Satu hari nie nabi nak rasa perasaan mati tuh, jadi dia minta izin dengan Allah. Bila Allah izinkan malaikat maut tarik nyaw nabi, nabi Idris cakap mati itu seolah-olah seperti binatang yang disiat-siat tapi masih hidup... bayangkan ja la even nabi yang rapat dengan malaikat pun rasa sakit nak mati camtuh.. nie kan kita yang amal tak seberapa.. nauzubillah takutnya.."

B :: a'aa.. la.. ish. takutnya.. mati itu pasti! kita kena persiapkan diri dengan amalan kita nie. jom kita jadi muslimah kuat!!



see.. see..
jadi lepas nie..
jangan la buat muka terkejut beruk bila dengar perkataan nie..
cam alergic sangat lah..
benda nie amal seharian kita, sedar tak sedar kadang-kadang kita menyampaikan(berdakwah) benda baik dekat orang lain.


cuma.. untuk pastikan kita kuat dalam jalan nie.
untuk pastikan kita konsisten dalam mendapatkan tarbiyah itu sendiri.
kita mesti la bersama-sama, dalam satu ukhwah, satu jemaah.


cari la "Bulatan Gembira" masing-masing.. :) *winks*
tak kisah kalau kita berlainan jemaah, pilihan depends on yang mana kita selesa untuk berada dalam.
sebab yang penting kita tahu fikrah, akidah dan matlamat kita dalam menyertai jemaah tuh adalah sama.


its my happy circle.. bulatan gembira anda macam mana?
wallahualam..
waalaikummussalam..


sebelum terlupa..
SELAMAT TAHUN BARU 2012
semoga kita dapat mejadi umat yang lebih baik insyaAllah ;)

*P/S :
1) banyak sangat kekurangan penulis dalam penulisan kali nie, penulis bukan lah orang yang selayaknya untuk berkongsi cerita sebegini. tapi penulis amat berharap agar pembaca dapat mengambil iktibar dari post ini (bapak skema gila ayat. sori!)
2) banyak lagi benda yang perlu dibelajar.. jom kita belajar sama-sama!! ^^
3) ada seorang teman-kawan-sahabat yang pergi jugak daurah tadi, post dekat blog pasal benda nie jugak.. haha ada chemistry lah atiqah! series best! lagi best dari post nie... dia wrap up sekali apa yang dapat time daurah tuh.. Cik Atiqah Sahmah kita Klik Sini :)


Monday 26 December 2011

Saya Kembali ;)

Salam alaikum~


ARAHAN:: SILA JERIT......!!!!!!!!!!!  [untuk orang yang excited tengok post nie ja]






we did it. we did it. we did it. yeah! (tolong nyanyi ikut rentak lagu 'dora the explora' naa..)


dah 8 hari tak update blog.. hebat tak?! haha~ (merana insang jiwa raga menahan kerinduan.. uhuk uhuk)


sebenarnya, bukan tak nak update.. tapi tak tahu nak tulis apa..!! ketandusan kematian idea~ grrr...


sejak kebelakangan nie, hidup seperti biasa. nothing interesting so far.
tiap-tiap hari rutin yang sama..
kuliyah, masak, makan, study, internet, kuliyah, masak, makan, study, internet, korea, games. errrr.. ok dah stop. =.="
nak cerita apa pun tak tahu.. haih.
lagi pun bukan ada sapa nak dengar.. (merajuk, membawa diri...)


fine fine. blog yang tak best,
isi pun lebih kurang macam blog lain,
baik baca blog orang lain,
yang femes, popular bookstore, ayat gempak, lawak. jealous jealous~
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


bila duduk berdiri belek blog-blog orang lain nie, tertanya-tanya la jugak.
orang yang tulis blog nie.
perangai dia dalam blog dan perangai dia dekat luar a.k.a dunia realiti nie sama ka?


well,
as for me..
ehem ehem..
fikir-fikir sendiri lah (jawab dalam hati)


berdasarkan observation la, entah la betul tak buat hypothesis nie.. memandai ja.
orang yang pandai tulis blog nie, blog gempak nak mati.
selalunya PENDIAM.?!


betulkah??


hrmmmmm... penat jugak nak fikir nie..
sebab tak pernah la pulak nak jumpa blogger-blogger hebat nie dekat dunia luar.
maybe patut jumpa salah sorang nanti.. sembang-sembang..
tolong mintak promote blog sendiri dekat follower-follower beliau pulak.. haha (berangan)


insyaAllah, kalau dipanjangkan umur,
boleh bawak cadangan nie kehadapan untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan blogger blogger sedunia.. :)


well, persoalan yang tak terjawab lagi.. 
siapakah sebenarnya tulang belakang, vertebrae column, spinal cord, akar tunjang blog-blog yang AWESOME nieh??
orang dia macam mana?? agak-agak hensem atau cantik tak?? baik ka sederhana jahat?? cool ka sederhana panas??


jawab-jawab~~


--------------------------------------------------------------------------------------------[bunyi cengkerik]


baik... !! stop sini dulu..
sebab memang dari awal, soalan nie tak dak jawapan pon. 
Majlis Peperiksaan Malaysia lupa nak pas kan skema jawapan dan pemarkahan.. haha


tak payah susah-susah fikir lagi dah.
buat pening sulci gyri tembus 3 lapisan meningis sampai ke otak kalau nak fikir.
lagipun tak payah nak sibuk hal orang.
setiap orang ada personaliti dia masing-masing.
dia nak jadi pendiam ka, bising ka, cakap banyak, cakap sikit.. itu urusan dunia mimpi dia..


maybe betul la kot idiom nie "don't judge a book by its cover"
kita ubah versi blogger pulak "don't judge a blogger by its blog" errr.. (cam tak dak kaitan ja =.=")


okay. jom kita stop kan post kali nie sebelum lebih banyak merapu rapat.
standard orang tak dak idea nak cakap.
hasilnya..
post yang mengarut, no point, mebebel-bebel, panjang berjela-jela tanpa ada specifik topik, bla bla bla..


akhir kalam, wasalammualaikum wbt~


courtesy from google
 *p/s :
1) maaf lama tak update. mood dah fade away day by day~
2) random post, so no offence.. sebab tak dak benda nak dikongsi.
3) tak yah amek kisah segala persoalan kat atas.. tak dak kaitan hidup mati pon. pfft

Sunday 18 December 2011

bisikan hati

Assalamualaikum,

ada lagi 15minit sebelum pukul 11.. pukul 12 nanti kelas.
ingat nak update blog kejap.
ada something yang perlu diberitahu.
rasa macam tak aman jiwa raga kalau tak luahkan..

semalam, first time tido rumah orang, sleepover bak kata orang puteh.
sebelum nie memang tak suka nak menempek melepak dekat rumah orang.
takut menyusahkan tuan rumah, menghabis beras kat dapur.
tapi bila dah ada orang jemput, kena la penuhi ye tak?!

mula-mula malas la rasanya nak bergerak dari rumah,
tambah-tambah pulak hari tuh kena masak.
memang habis titik peluh tenaga digunakan bertarung memasak dekat dapur tuh. haih penat~ huh..
tapi dah janji, jadi lepas isyak' tuh pon berangkat la ke rumah kawan nie.

bila dah sampai rumah orang apa lagi.. sembang la.. (perempuan)
lama tak jumpa (eh, ya ka?)..
dulu duduk asrama boleh lagi nak turun floor walaupun kelas tak sama.
tak pon jumpa dekat KSP time perut berbunyi lagu 'rasa sayang'..

sekarang nie. jumpa kalau-kalau berselisih dekat lecture ja, tuh pon masing-masing nak rush.. dia orang sibuk la katakan. uhuk uhuk~

rindu time satu bilik dulu waktu dekat ikip. semua memori terungkap malam tuh. hehe (walaupun tak semua..)
dan banyak cerita la yang nak dicerita.

dengar cerita dia, masya Allah!!
beruntungnya seseorang tuh bila diri dia yang sibuk, masih lagi ada masa nak buat kerja-kerja lain.

hati ini jealous. =.="
"hebatnya" monolog sendiri.

dah la salah seorang U*P, 
pastu petang-petang join kelas ustaz akli, 
hari-hari jumaat memang padat dengan aktiviti.
ada masa nak study.
memang respect nak mati!!

waktu-waktu camnie selalu laa rasa,
"apa aku dah buat huh?"
"jumaat aku, terisi dengan apa?"
"petang aku, leka bermain apa?"
"nak kata pegang jawatan, hahahaha?!"(jauh panggang dari api)

ya Allah,
terasa ruginya diri nie..... 


Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
[ Surah Al-'Asr ]

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri
[ Surah Ar-Ra’d (ayat 11) ]


*p/s: 
1) ingat balik matlamat datang belajar sini, nak mengarap ilmu sebaik mungkin, mengoptimumkan waktu dengan amal kebaikan.
2) sama-sama kita doakan naa.. (^^)

"bila kita cemburu kan seseorang kerana kebaikan yang dilakukan.
buatlah yang lebih baik darinya :) "
(my quote)
fighting wani!! gambate!! :)

Thursday 15 December 2011

Fanatic..Addiction. apa kaitan nya?!

salam 3alaikum.


post kali nie bukan nak cerita pasal addiction kepada benda-benda 'dahsyat' nie.. well, codeine, morphine, amphetamine nie tak main laa.. nak stay awake untuk study ka atau qiam malam ka, minum ja 2 ke 3 cawan kopi (walaupun sesetengah orang dah habituation/tolerance/adapt). Atau buat lah apa-apa yang berfaedah kalau tak nak bagi mengantuk. (seriously, tak dak kaitan langsung dengan tajuk)...


ehsan dari google
[continue...]
----------------------------------------------------------------------------------------------
tak tau la orang dekat luar sana akan react camna bila dah suka sangat-sangat sesuatu benda tuh..
macam penulis blog nie.. bila dia dah suka, dia akan addict, pastu obsess/fanatic tak tentu pasal.. alahai, parah~


contoh waktu zaman pas habes SPM dulu.. konon nak apply medic, jadi mesti la tahu serba serbi dalam bidang nie.. 
dalam family pulak tak pernah ada orang yang amik medic lagi, jadi alternatif terbaik waktu tuh adalah baca artikel 'ruangan kesihatan' dalam iluvislam.. 
banyak sangat respon dari bakal-bakal doctor nie, even yang masih belajar, senior dari alex pun ada jugak yang komen dekat situ (tapi waktu tuh tak kenal siapa-siapa pun la sebab tak fly lagi..) hehe.. 


nak kata tiap-tiap hari bangun tidur terus ja bukak.. kalau-kalau la ada discussion baru, maklumat terbaru, 'up-to-date' lah sangat.. al-maklumlah orang baru nak teruja dalam bidang nie. hehe


dan sekarang alhamdulillah dah pun ada dekat mesir sambung dalam medic.. 
tapi?? kemana hilangnya page forum : ruangan kesihatan, iluvislam yang di'bookmark' dulu.. eehh hilang dah?! (-.-")


DAN 
lepas masuk second year nie, masalah yang sama menimpa lagi.. adoi. @.@
(time-time critical cam CNS(baca 'central nervous system')  nie la dia nak datang, x dak masa lain ka huh?)


BLOG..!! errrrr~
entah jin spirit mana hembus-hembus semangat dekat jari jari nie menari-nari menaip untuk entry blog. 
padahal dulu ada ja blog tapi nak update nya bukan main liat. dalam sebulan, sekali dua saja.. tapi sekarang tiap-tiap hari rasa nak update!!
kadang-kadang tuh pulak rasa cam setiap jam nak update (haha, hiperbola).. banyak sangat input yang nak di'output'kan balik dalam blog nie..
semua benda nak share, semua benda nak tulis, nak cerita.. jadi apa benda yang nak disimpan?! erkk..  


okay, tunggu la sebulan dua lagi tengok dia(penulis blog) update gila gila macam sekarang tak?! bukan nak kata tak boleh update blog dekat diri sendiri, tapi ingat la anak anak buku yang perlu dibaca tuh.. module CNS nie bukan boleh buat main-main, everyday kena revise (senior cakap) 
kalau nak study macam study module 1 dulu, alamatnya sebelum masuk dewan exam prepare la mental tuh cukup-cukup, takut keluar dewan nanges pulak..

sebenarnya nak muhasabah diri.. blog facebook twitter nie ada kelebihan dia.. tapi kena ka manfaat kan baik-baik.. 
semua benda kalau kena cara dia, handle baik-baik, insyaAllah kheir(okay)...

cam amphetamine tadi.. kalu guna untuk budak hyperactive dalam adequate amount, okay ja, bertambah-tambah senang sikit kerja nak mengurus budak tuh nanti.. 
tapi kalau dah amek dalam kuantiti yang banyak dan melampau berlaku la paradoxical effect, dah jadi lebih kurang cam pak cik kurus keding tinggal bawah jambatan tuh la.. ish ish ish~


courtesy from google
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
words for thought,



Rasulullah saw: siapa yang fanatik pada seseorang atau mengharuskan orang-orang fanatik pada dirinya, maka ia telah mencabut ikatan keimanan dari lehernya. 
(Al Kafi juz 2 hal 308 hadits no. 02)


Rasulullah saw: siapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji (jagung) dari sifat fanatisme, maka Allah akan membangkitkannya kelak bersama orang-orang Arab jahiliyah. (Al Kafi juz 2 hal 308 hadits no. 03)




jadi bersederhanalah dalam sesuatu perkara, tidak salah untuk suka kepada sesuatu benda tapi pandai-pandai lah kita urus kehidupan kita agar seimbang dunia dan akhirat. 


moga Allah jauhkan kita dari sifat addiction, fanatisme, obsession terhadap benda benda keduniaan nieh... nauzubillah..


sampai sini dulu untuk kali nie, wasalam..  :)


*p/s :
1) perlu kurangkan ber'blogging'.. kalau dalam seminggu 2-3 post okay ja kan??
2) kena kurangkan minat tengok benda-benda lagho nie.. (korea/superjunior/lagu omputeh) yosh~
3) banyak kan pembacaan! ilmu diperoleh melalui membaca ^^ (tak tau sapa cakap benda nie)
4) forum ruangan kesihatan dekat iluvislam tuh!!  alhamdulillah ada lagi..  :) 
cuma nama dia sekarang nie dah tukar "komuniti iluvislam > doktor" (wuah, berwajah baru) 
walaupun dah tak rajin macam dulu nak tiap-tiap hari belek.. insyaAllah lepas nie boleh la rajin-rajin kan diri tengok balik.. sebab ilmu itu kan luas..klik sini --> Komuniti ILuvIslam Forum Doktor

Monday 12 December 2011

#repost 2 (5 matters that only Allah knows about)


Bismillahhirrahmannirrahim. Peace be upon you 
Allahumma solli 3ala sayidina Muhammad,

continue on with my #repost entry. :)

Everyday we will learn something new in our life. 
and it doesn't matter, where or how do we gain those knowledge from, either it's formal or informal, good or bad (it is not our topic of discussion right now.. hehe ~.~). 
courtesy from google


But...
there are something in life that we will never being able to know it in detail.. no matter how curious we are, it will still remain as a SECRET that only He knows better. unquestionable~


Lets read...

Imam Malik Ibn Anas saw the Death Angel in his sleep, and the Imam asked him: " How much left for me to live?". The Angel pointed to his five fingers. Then the Imam asked him: " Does that mean 5 years, or 5 months, or 5 days ?". Before the Imam had a chance to get an answer back, he woke up.


The Imam went to someone who would interpret dreams. That man told him: " Imam Malik, when the Angel pointed to his five fingers he didn't mean 5 years or months or days, but the Angel meant that your question ' how much left for me to live' is among 5 matters that only Allah (SWT) knows about, and he recited the following verse from the Qur,an:


" Verily, with ALLAH alone is the knowledge of the Hour. And HE sends down the rain, and HE knows what is in the wombs. And no soul knows what it will earn tomorrow, and no soul knows in what land it will die. Surely, ALLAH is All-Knowing, All-Aware. "" 31:34


to summarize it up,
5 matters that only Allah knows about :
1) Only He knows when will the 'kiamat' come. neither the angels nor the messenger. (so, just be prepare friends)
2) He sends down the rain. (diturunkan pada waktu yang ditetapkan dan pada kadar yang tertentu)
3) He knows what exactly happens in the mother's womb
4) No one can predict what his/her future looks like (good or bad)
5) and no one knows when and where the death will come (either it in the land or sea) 

till then. wasalam..

*p/s ::

1) sesungguhnya ilmu yang kita pelajari masih lagi sedikit jika hendak dibandingkan dengan ilmuNya.. jangan lah sesekali kita bongkak dengan ilmu itu kerana ia bukan milik kita. sama-sama lah kita bermuhasabah kembali agar ilmu yang kita peroleh diredhaNya. kerana Dialah Pemilik ilmu dan yang Maha Mengetahui segalanya~ 

2) tak berani nak elaborate panjang-panjang sebab ilmu yang kurang dalam bidang nie. Ambil lah mana yang baik dan mana-mana yang kurang sempurna atau kurang tepat harap dapat dijadikan iktibar. 
"jadikan kekurangan sebagai kelebihan. be positive! "

JUST FOR SHARING. wallahualam~ 
content taken from http://arabicpaper.tripod.com/malik.html
dengan rujukan dari blog ini!!
and elaboration and detail merapu rapat dari shazwani saari


by the way, kepada sapa-sapa yang tak tahu #repost nie sebab apa.. boleh la klik dekat sini~

Saturday 10 December 2011

Sanah Helwah Aiman Saari

Assalamualaikum wbt. :)


it is a special day.. 
the day when i'm officially becoming a "kakak" to this lovely baby boy..
i was just 1 year & 3 months old. 
knowing nothing but crying plus those thumb suckling habit. :P


with my older sister which is one year older than me, and my new baby brother which is one year younger, you can tell that the age gap difference between us are not that small wide.. (beza sorang setahun ja pon; 3thn-2thn-1thn)


and imagine the hardship that my mum went through in all these years raising 3 of us ALL together.
(well, my house use to have 3 baby rocker (buaian bayi) at the same time and tons of pampers diapers petpet prepared ; especially when going out.. dah macam beg baju pakai BESARnya)
it is definitely not an easy task..! doing it alone while my father went out working, my grandma not by herside (kampung jauh sangat & atuk pun dah tak sesihat macam dulu..) 
she is truly my SUPERWOMEN~ 


[asal tiba-tiba jauh menyimpang dari tajuk nieh?? erkk.. dah macam entry untuk hari ibu pun ada.. =.="]


okay.. back to the topic~


jap! dekat mana berhenti tadi? 
ohhh gap sejam setahun tuh kan.. ok mesyi~

[continue..]
to be precise he was born in 11 . 12 . 1993 at 11.12 pm.
well, he is the only child in my family that was born late at night.. (spesel la sangat tuh)
after having two girls in the house which is my sister and i, we finally have a baby boy!! yeah alhamdulillah~ (tolong jangan pedulikan pengunaan 'we' di situ)
and that makes our house merrier than ever (bertambah geng nak main yeah..!! hehe) :)

BUT.. like people always said, "boy rules!", well indeed he is..
during our childhood years, we do "play" together a lot.. i mean, not that ordinary play... to be more precise, you can call it as bully! YES! BULLY ! (siapa buli siapa ni?)
tengok balik statement atas yang ber'inverted coma', ber'bold', dan bergaris.. wuahhh T_T (dah faham kan? malas nak elaborate panjang-panjang.. sakit hati lawak bila teringat balik)

sampai one day nie, i just feel like nak buang dia dalam tong sampah besar bawah rumah tuh ja.. imagine la betapa "BAHAGIA" nya perasaan waktu tuh.. (sambil tarik kaki budak tuh heret masuk tong) zreett zreett *sound effect*

[well, well, budak kecik... macam-macam..usah dikenang masa dahulu silam. ayuh maju ke hadapan]

Now, we have all grown up!
and taking different path in life.
i'm in egypt striving for medicine, my sister in "toronto" trying her best in becoming the world best engineer (ok kat tronoh ja pon), and Aiman in Taylor's for his A-level.
the thought that we can't play together just like before, was a poignant..

eventhough, we do fight a lot, but we always know that we do care for each other a lot..

i love the drinks that you make! (nak milo ais). love the scrambled eggs that you cook! (walaupun tak masak dengan sempurna). and love the time when we spend together talking all day long about football, gadgets, cars, software, knowledge, bla bla bla..
[maaf kalau terlebih jiwang, i know that hang akan geli kalau baca benda nie.]

Thanks for everything Man... :)

Here's to another year of experience,

"SANAH HELWA MUHAMMAD AIMAN BIN SAARI"
HAVE A SWEET 8-TEEN BIRTHDAY
May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.
Pray to Allah Almighty,
And show some faith and dignity,
Quran be at your side,
Islam giving you a pride,
Sunnah be a light for you,
That will glow and let you do,
All the acts to make you feel,
Nothing but this land is real.




till then, wasalam :)

*p/s:

1) #fact : the 3 of us growing up together till my mum gave birth to Aimran, which is 4 years later. quite a long period of time.. (ada point ka kalau bagitau, okay fine. ignore. please)

2) to Aiman, i hope you didn't read this, sebab hang akan realize yang hang ada seorang kakak yang sangat gedik baik nak mati buat entry dalam blog sempena birthday hang bagi satu dunia baca! (perlu kah??)

3) okay, gambar-gambar di bawah hanya untuk mencantikkan lagi post nie supaya tak nampak sangat penuh dengan perkataan-perkataan yang panjang berjela-jela, sekurang-kurangnya kalau tak baca sampai habis pon, ada benda untuk dijamu kan.. =.=

peringatan : jangan makan eskrem sambil berdiri na,
sangat tak sopan.. ish3~
3 of us~ haha.. :)







Friday 9 December 2011

#repost 1 (a new beginning in KIBA2010)

asslamualaikum, :)


wondering what "#repost" means?? (alaa tak kan repost pon tak tau, post balek laa..)
Okay, generally speaking, there are some notes in my facebook that i would love to repost back here in MY blog (its mine.. i do what i feel like to.. Suka.Ati.Ja)
well, sharing is caring right?!


then, lets start with the number 1 on the list! ready-get-set-go~


"A NEW BEGINNING IN KIBA 2010"


being away from family is the new beginning of life, to live independently..

been here in KIBA at Cherating was a new beginning of life, as a pre-u student..

making new friends are the new beginning of life, to build a better relationship with community..

thats what i described my life here in KIBA 2010..

A NEW BEGINNING..

for me, my family and people around me..

and as for myself..

my first time after 5 years in girls' school, to being able to communicate with boys in classes..

my first time going through arabic lesson which indeed was fun and exciting (things that i never even thought before)..

my first time being away from my family..

my first time living on my own, spends some money and doing things and everything on my OWN..hahaha~~
*evil laugh..*

being in KIBA was like being in a new dimension, the other side of the world that was yet undiscovered..

most of our time was packed with classes and activities..

and we are away from social current news, knowing nothing, meeting only people that was here in KIBA, plus rarely ONLINE..

ouuuuccchhhh, looks like i’m going back to the stone age century.. ahahah~~

but still i am loving it ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ very very much.. awi awi jiddan..

cause i know that they will be no such place like this after this 3 months..

trying to cherish every moment here, right now, dilwakti hallan..

although there still left with only one month to go..



pray for our best in life..

may ALLAH blessed all of us here..

ameen~~




and another chapter of my life had just end.. (well approximately,  1 year and 2 months erkkk..)
thanks for reading by the way.. (really appreciate it!!)


till then.. wasalam


*p/s :: have a great friday.. jangan lupa baca surah al-kahfi~ 


Daripada Umar berkata, Nabi SAW telah bersabda :: 
"sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat" 
(Hadis Riwayat Ibnu Katsir)


Tuesday 6 December 2011

again. malas. masalah betul.

salam :)
Allahumma solli 3ala saiyidina Muhammad~

well, recently i don't feel like blogging..
bila tengok balik all those older post, cam... dowh -.-"
apa laa yang aku merepek sorang-sorang nie..!!??
well, i admit that i'm not gifted to be like those AWESOME, GREAT, COOL bloggerss.. tapi still ada hati nak ber'blog' jugak kan?! (hrmm..hrmm..tak faham)

maybe sebab mood nak ber'blogging' dah ter'SPOIL' dengan module CNS yang sangat sangat banyak banyak banyak banyak nak mati @.@
nak kata sepanjang masa study, tak jugak, sebab balik-balik kelas ja terus terjah laptop dulu..
nak kata tak online, tak jugak, sebab memang malam-malam camni mengadap binatang nie ja la kerjanya..
wuahh.. kadang-kadang rasa nak menangis pun ada jugak... T_T
mana tak nya.. kata module heavy, tough, banyak gila, bla bla bla.. tapi effort nya?????? *hampeh*

pernah rasa tak bila ada certain time nie kita rasa MALAS sangat nak buat apa-apa..!!
nak study, cam tak sampai seru mood lagi (hah! tunggu la sampai berjanggut),
nak tengok movie/drama teringat pulak dekat buku yang elok bersusun atas meja, pastu mula la susah hati, tachycardia, bronchodilatation, tak keruan dibuatnya,
nak stalk orang, kekeringan kehausan orang sumber.. and pastu nanti mula lah "dia tuh camni camtuh".. (ok. dah. stop! istighfar)
nak update blog teringat masa nanti terluang berlari berjalan membazir camtuh ja,
and bukak tutup facebook or twitter, tunggu kalau-kalau ada orang online boleh ajak bersembang (lagi buang masa kot -.-")
the end result is I got NOTHING!! arghh, lagi stress~ T_T

nak bagi semangat apa dekat diri sendiri pun tak tau dah camna, rasanya semua kaedah dan method dah digunakan.. penyakit apa pun tak tau lah(doctor-doctor kat luar sana tolong prescribe ubat sat..)

any good advice?! well, a really GOOD one! *tak nak angkat bendera putih sebelum berjuang*

taken from HERE


*p/s::
1) lama dah tak skype dengan family, rindu :'(  [sebab nie ka?]

2)doakan penulis jadi seorang yang rajin naa, sebab standard budak tak pernah dok asrama nie.. masa study dia time nak exam ja laa (last minute).. uhuk uhuk~ [zaman budak hingusan dulu boleh apply la benda nie, sekarang dah boleh jadi mak orang  nak masuk 20 tahun pon]

3) disebabkan sekarang dah masuk winter, jadi tadi pergi beli Trench Coat.. mood - suka, happy, gumbira, excited.Nak.Pakai.Bila.Mesir.Turun.Salji...*sila teruskan angan-angan anda wahai shazwani* [kegembiraan yang bersifat sementara, sebab balik rumah tengok module CNS plus duit yang telah di'spend'kan.. uhuk uhuk]

Kan!! dah terlebih panjang pulak entry and *p/s kali nie..padahal time intro tadi cakap malas nak ber'blogging' dah.. cehh ayat pancing ja tuh! =.="

OKAY.. wasalam~ annyeong~ ma3assalamah!! (^^)

Friday 2 December 2011

mencungkil entry terdahulu and sanah helwa aimran~

salam.. peace be upon you dear readers,


disebabkan hari nie cuti jadi ingat nak ber'blogging' la kejap..
memandangkan esok pon birthday adik yang ke 4..hehe~
tapi cam tak dak idea nak tulis apa.. hrmmm..
*belek belek belek buku karangan upsr/pmr/spm*


...................................................................................?!
Hah!! tadi.... buka balik notes yang dah berabuk berdebu berSegalaMacam dalam facebook tuh..
wuaahhhhh, banyak juga nooh aku buat karangan spm kat situ.. huhu~
ya la, dulu orang mana pandai nak main blog blog nie.. setakat tulis notes dalam facebook and then tag tag orang (nak suruh orang baca) *pang* -.-"


tapi still function dia sama kan.. either notes kat fb atau pon blog, both boleh jadi medan untuk menyampaikan maklumat.. tak kisah la maklumat yang macam mana pun sebab ada yang prefer cakap pasal diri sendiri, ada yang suka share gambar, ada yang lebih kepada perkongsian ilmiah, dan bla bla.. (well, depends kat penulis tuh la kan)


kalau tengok balik notes dalam facebook tuh rata-rata mostly tentang zaman waktu dekat kolej persediaan dulu.. mana tak nya, rasa excited waktu zaman muda muda tuh tak habis lagi..
boleh bayangkan tak tinggal dalam bilik yang ber'aircond', makanan disediakan 4 kali sehari (sedap hingga menjilat jari), kelas setakat belajar bahasa arab. NO exam, ada swimming pool (terjun time ikhwah pergi solat jumaat), dekat dengan pantai (specifically cherating), cuti hujung minggu shopping kat "town" bla bla bla... SIAPA YANG TAK RASA HEAVEN KAN?!
kalau waktu ada 24 jam sehari, approximately 23 jam SETENGAH digunakan untuk cerita keterujaan dekat kolej dulu!! haha ;P (excited nya la penulis nih)


TAPI.. semua tuh dulu... dah jadi sebahagian dari hidup sejarah pun... sekarang perlu lebih serious!! uhuk uhuk..
banyak lagi perkara penting yang ada dekat depan untuk difikir dan digapai. studies, doctors,  future, kahwin, family.. well its a huge responsibility to carry on! jadi kena kuat, tekad, iltizam, ijtihad.. fuhh! semangat wani~


dan even-tough that, to be honest with, I really really do MISS KIBA2010! and i was glad to have it as part of my past life.
(walaupun zaman dulu ada banyak kekurangan dan kejahilan,tapi jangan pandang ia sebagai obstruction yang membuatkan kita tak boleh move on dengan hidup nie, instead, gunakanlah masa sekarang untuk membaiki kekurangan tuh dan create balik memory yang lebih berMAKNA~)


bajet rajin, notes dalam FB~ nak tengok TEKAN la.
before saying tata titi tutu bye bye, nak mencelah tumpang sikit post benda nie.. tak pa kan? (letak la, blog sendiri ja pon -.-) 


specially dedicate to lovely, daring, blur, naive guy number 4....


"Happy Birthday Muhammad Aimran bin Saari"
May Allah ease your life, bless you always and love you more~
All the best PMR.. 9As' insyaAllah ameen~



*p/s : 
1) and to ex-schoolmate, Happy Belated Birthday (1st of December) (^^) take care~
2) Super Junior datang Malaysia esok jugak, excited tak?! MOA2011~ (wuahh sapa nak support tiket dari mesir to Malaysia T_T)
3) Kalau pun ada orang support tiket still tak boleh pergi jugak, faham!! (buat benda berfaedah sikit wani -.-)

Wednesday 30 November 2011

Module 9 (review)

Assalamualaikum,


ok.. i miss you....... dear BLOG~ :'( *teary*  [wuahh gedik gila, baru berapa hari tak update]


Glad, Alhamdulillah exam module 8 dah habis :)  (jangan tanya 'how was it?!'.. warning siap-siap)


dan sekarang dah masuk module baru, 3 hours lecture, tuh belum campur dengan kelas practical lagi.. uhuk uhuk~~ senior kata nie la the toughest module sepanjang jadi student preclinical.. kalau dah masuk clinical, surgery la pulak kan.. (ntah la, pandai-pandai ja buat andaian sendiri -.-")


apa yang susah sangat dengan module Kepala+Otak nie pon tak tau.. kalau nak compare dengan anggota Kaki+Tangan (upper & lower limb), rasanya Kaki+Tangan lagi BESAR kot (ukuran diameter, weight, height, etc..), tambah pulak masing-masing ada "couple pair" depa sendiri.. setakat kepala yang sebijik nie, sampai DUA buku university bagi suruh cicah air milo, HADAM betul-betul.. *sigh*


hrrrmmm.. bak kata Ambrose Bierce [sorry tak kenai]
"Brain: an apparatus with which we think that we think"
see... even explanation dia pon dah memenigkan kepala kita untuk berfikir kan kan...
pastu tambah lagi pulak dengan kata-kata,
Isaac Asimov (from the forewood to The Three-Pound Universe by J. Hooper and D. Teresi, 1986)
[sorang lagi tak kenal siapa, pinjam sat dari Mr.google]
"The human brain, then, is the most complicated organization of matter that we know."

hrmmmm.... *thinking*

walaupun kita nampak otak kita nie kecik ja kalau nak di bandingkan dengan anggota-anggota yang lain. tapi sedar tak sedar kan, otak kita nie la yang menyebabkan anggota kita yang lain berjalan dan bekerja mengikut apa yang kita nak (voluntary) atau pon tak nak (involuntary). betul tak?? Subhanallah~

pernah tengok orang yang brain death tak?!  selalunya dalam cerita-cerita pasal doktor-doktor nie yang dah berlambak 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' kita boleh tengok kes-kes kritikal pasal brain death nie bila someone terlibat dalam accident yang teruk sangat sangat sangat... bila patient tuh disahkan mati otak, kebanyakan function dalam badan dia dah tak boleh bekerja cam normal person, patient tuh kena bergantung kat mesin hayat, no spontaneous respiration, tak dapat bergerak, dan sebagainya. Sampaikan ada certain country yang declare orang yang brain death as a dead person which may lead to euthanasia(mercy killing) by assisted physician! ( hanya untuk certain country.. dan BUKAN untuk negara yang majoriti nya penduduk beragama Islam)  *for more detail, rajin-rajin kan laa diri tuh flip over medical ethics naa..*

Thus, brain is like the boss of our body, its a control system whose incharge of mostly everything!!

So tak hairan dan pelik laa bila orang kata module kali ini susah. 8 weeks pulak tuh duration dia.. pergghh -.-" (memang nak kena kunyah lumat-lumat...ggrrr..)

Jadi, tunggu apa lagi!! pergi amek buku tuh dan start belajar la cik wani oii.... huhu~

say HELLOOOooooo.................................

"Nervous System & Special Senses" :)
*winks*
(please be good to me..)

buku module cuma ada part 1 saja, part 2 tak keluar lagi..
dan buku 'Head & Neck' kat belakang tuh bukan saya punya; hak milik
Widad Shukri  =.="


Words for thought,

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang 
memikirkan (Al-Baqarah: 164).

*p/s :: 
1) gunalah akal yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk berfikir dengan sebaiknya. manfaatkan penciptaan, semoga ianya bermanfaat buat diri kita dan orang disamping kita ;)

2) maybe dah masuk module susah-susah nie dah tak boleh nak update blog cam dulu..sorry (ceh.. padahal selalunya tak update pon)

3)Doakan kami dekat sini yang tengah belajar jihad fisabilillah, semoga ilmu kami diberkatiNya.. Fighting!!