hai readers!
banyak benda nak cerita hari nie.
serious penat! dah tak macam hari cuti.
dari malam sebelum semalam, malam semalam, dan sampailah malam nie. haih~ *sigh* banyak betul benda kena attend dan buat (orang tak femes camnie laa)
entah bila laa nak cari proper time untuk study betul-betul.
balik-balik rumah ja, memang pandangan straight sinus forward to katil pink ber'sarotoga'kan(comforter) warna biru laut Mediterranean ja laa.. kiri kanan dah tak kisah (ok, laptop tuh kesah.. sikit.. sikit ja.. ermm)
sebenarnya, untuk entry kali nie tak nak cakap banyak.
just nak share apa yang dapat untuk hari nie.
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. :)
Allah bukak kan hati untuk join satu daurah nie.
mula-mula waktu dengar ada daurah, haih.. tak senang duduk berdiri dibuatnya.. biasa la tuh.. nafsu nie macam-macam dia bisik "alaaa.. pagi-pagi cuti sekolah camni, sedap-sedap tido, kalau guna untuk study.. banyak benda kot boleh cover, bla bla bla...." (=.=)"
tapi alhamdulillah, Allah tekadkan hati, kuatkan semangat untuk pergi jugak.. walaupun kalau ikutkan nafsu yang jahat dan dengki nie, banyak ja alasan boleh buat..
"akak, saya ada hal la dengan ahli beit.. nak kena beli barang rumah"
"akak, hari nie mengundi la.. saya kena jalankan tanggungjawab saya, vote vote vote"
akak tuh, akak nie, akak eerrr..
aduhai manusia.. macam-macam alasan kita boleh fikirkan..
cam orang dulu-dulu cakap..
"hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
betul la sangat tuh.....
setakat nak pergi beli barang, petang-petang satgi boleh pergi.. tak lari lah Carrefour tuh..
lagi-lagi dekat mesir.. mana ada kedai bukak pagi-pagi buta cam gini!
untuk kes mengundi pulak.. sempat ja.. bukan lama sangat pon.. tak sampai 5 minit.. pangkah pangkah pangkah, pastu masuk dalam kotak undian. selesai. balik. tido. makan. movie. shopping.
(tanggungjwab nie ingat pulak, tanggungjawab yang lagi penting(khalifah) tak ingat kah? uhuk uhuk)
baik baik.. terpanjang pulak pendahuluan dia yer..
nie tak masuk lagi isi-isi penting dia.
sorry sorry, amek masa hampa semua..
teruskan..
tajuk daurah kali nie "ahhammiyatul tarbiyah"
apa kebendanya tuh..?? cheq tak mengaji sekolah arab la wahai cik kak penulis blog.
fine fine. maksudnya disini.. 'kepentingan tarbiyah'..
TARBIYAH??!!
haha.. perkataan yang agak scary bila didengari oleh orang-orang kebiasaan nie..
macam-macam nanti depa akan interpret..
"alamak, kena brainwash.."
"tidak!!!! syadid, jumud.. tak dak life.. nak buat tuh tak boleh, nie tak boleh, itu tak kena, ini tak kena"
dan yang paling tidak..
"eh.. nie mesti nak ajak join geng-jemaah-dakwah dia nie.. tak nak la aku.. seram sejuk badan nie.. karang tak pasal-pasal orang cakap aku nie busy body la, sibuk la, bajet alim la, ilmu tak tinggi mana ada hati nak ajar orang peehh..."
eeehhhh.. cepat nya jump into a conclusion..!
cuba tanya balik diri kita sendiri..
apa sebenarnya maksud dan definition asal 'tarbiyah' itu sendiri...
secara generally la kan, tak payah nak bukak kamus dewan bahasa dan pustaka pon..
tarbiyah itu adalah DIDIKAN atau asuhan..
didikan yang macam mana tuh?
sebenarnya skop dia luas..
tak kisah la..
didikan dari ibu bapa kita ka,
dari akak-akak murrabbi ka,
dari kawan-kawan ka,
atau dari alam semula jadi dan persekitaran..
semua benda tuh adalah tarbiyah..
setiap ilmu dan pembelajaran yang boleh kita dapat dan ambil untuk mengubah diri kita ke arah menjadi lebih baik..insyaAllah~
dan bila kita dah dapat ilmu nie..
patut ka kita simpan untuk diri kita sorang-sorang..?
tak nak share dengan orang lain.. konon-konon nak cakap "eleh, nie aku punya.. kalau nak, pergi la carik sendiri.. aku dapat nie bukan senang tau..aku tak study pon pagi tadi, pengorbanan aku demi mendapatkan ilmu nie bla bla bla..."
eh eh eh eh..
pergi sharing-sharing tadi, dapat input-input tadi, untuk diri sendiri ja ka? untuk jadi riak takbur ja ka?
ilmu tuh milik siapa? soal balik... hrrmmm..
jadi, nak cakap dekat sini..
bila kita berkesempatan untuk join sharing nie dan kawan kita tak..
jangan terus tinggalkan dia..
balik tuh, cuba cerita dekat dia apa yang kita dapat.
kata sama-sama nak masuk syurga.
mana tau satu hari nanti dia pun tergerak hati nak join.
kita sampaikan ilmu yang kita dapat.
semoga masing-masing dapat manfaat.
ehh.. kejap. stop!
perasan tak ayat nie "kita sampaikan ilmu yang kita dapat"
(kalau tak perasan, scroll balik tengok ayat dari perenggan ke18 dari baris yang second last..erk -.-")
sampaikan ilmu?!
apa itu sampaikan..??
ha ha ha..
dakwah lah!
terus terang bernyala tak payah nak suluh suluh dah.
memang lumrah manusia bila kita tahu sesuatu benda.
mesti kita nak cerita dekat orang kan kan.?!
tak boleh nak simpan sorang-sorang punya.
even rahsia besar mana, mesti rasa nak cerita jugak.
lagi besar rahsia tuh, lagi membuak-buak nak cerita dekat orang.
last-last tak tahan sangat.. senyap-senyap bisik tepi pokok.. konon-konon tupai-tupai dengan monyet kat situ tak faham la kita tengah cakap pasal apa.. haha (ok.fine.merapu)
tapi itulah sebenarnya DAKWAH..
menyampaikan.
benda simple ja pon..
mungkin kita tak pandai nak cakap cam kak fira,
dakwah orang pung pang pung pang.
ataupun tak reti nak bagi ceramah cam ustaz azhar,
buat ceramah sikit..confirm ramai orang share dekat facebook.
tapi kita still boleh sampaikan kan kan?
contoh cam ilmu medic, bila kita dapat tahu extra ilmu tambahan yang professor cakap,
confirm-confirm.. purata ramai budak medic tahun dua university iskandariah akan rush, kalut-kalut carik kawan dia dan cerita balik ke'excited' dia..
"weh, tadi kan waktu kelas anatomy dengan dr.muhammad gamel, dia kata senang ja nak ingat structure corpus callusum. ingat ReGaBS (bulan rejab dalam slang arab mesir.. huruf 'jim' jadi 'ga').. Rostrum, Genu, Body, Splenium... senang kan kan kan??.." haha...
macam tuh la jugak kita buat dengan dakwah dan tarbiyah nie..
selepas ditarbiyah kita dapat ilmu tuh.. kita sampaikan pulak dekat orang lain. dalam konteks lain mentarbiyah kan orang lain supaya sama-sama tahu. sharing is caring right?
contoh la kan..
A :: "weh, tadi waktu kat usrah kan akak tuh cerita pasai surah al-ankabut.. dalam ayat 57 Allah berfirman 'setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan', maksudnya tak dak siapa pun terkecuali dari mati. pastu kan keluaq la kisah nabi Idris yang rapat dengan malaikat maut. Satu hari nie nabi nak rasa perasaan mati tuh, jadi dia minta izin dengan Allah. Bila Allah izinkan malaikat maut tarik nyaw nabi, nabi Idris cakap mati itu seolah-olah seperti binatang yang disiat-siat tapi masih hidup... bayangkan ja la even nabi yang rapat dengan malaikat pun rasa sakit nak mati camtuh.. nie kan kita yang amal tak seberapa.. nauzubillah takutnya.."
B :: a'aa.. la.. ish. takutnya.. mati itu pasti! kita kena persiapkan diri dengan amalan kita nie. jom kita jadi muslimah kuat!!
see.. see..
jadi lepas nie..
jangan la buat muka terkejut beruk bila dengar perkataan nie..
cam alergic sangat lah..
benda nie amal seharian kita, sedar tak sedar kadang-kadang kita menyampaikan(berdakwah) benda baik dekat orang lain.
cuma.. untuk pastikan kita kuat dalam jalan nie.
untuk pastikan kita konsisten dalam mendapatkan tarbiyah itu sendiri.
kita mesti la bersama-sama, dalam satu ukhwah, satu jemaah.
cari la "Bulatan Gembira" masing-masing.. :) *winks*
tak kisah kalau kita berlainan jemaah, pilihan depends on yang mana kita selesa untuk berada dalam.
sebab yang penting kita tahu fikrah, akidah dan matlamat kita dalam menyertai jemaah tuh adalah sama.
its my happy circle.. bulatan gembira anda macam mana? wallahualam.. |
sebelum terlupa..
SELAMAT TAHUN BARU 2012
semoga kita dapat mejadi umat yang lebih baik insyaAllah ;)
*P/S :
1) banyak sangat kekurangan penulis dalam penulisan kali nie, penulis bukan lah orang yang selayaknya untuk berkongsi cerita sebegini. tapi penulis amat berharap agar pembaca dapat mengambil iktibar dari post ini (bapak skema gila ayat. sori!)
2) banyak lagi benda yang perlu dibelajar.. jom kita belajar sama-sama!! ^^
3) ada seorang teman-kawan-sahabat yang pergi jugak daurah tadi, post dekat blog pasal benda nie jugak.. haha ada chemistry lah atiqah! series best! lagi best dari post nie... dia wrap up sekali apa yang dapat time daurah tuh.. Cik Atiqah Sahmah kita Klik Sini :)
3) ada seorang teman-kawan-sahabat yang pergi jugak daurah tadi, post dekat blog pasal benda nie jugak.. haha ada chemistry lah atiqah! series best! lagi best dari post nie... dia wrap up sekali apa yang dapat time daurah tuh.. Cik Atiqah Sahmah kita Klik Sini :)
4 comments:
wani, serious kan rase cam segan segan nak post cam ni. tp tu la. sampai bile nak rasa cmtu kan. kite kene berani buat sth yg lain, insyaAllah. =)
betul! insyaAllah.. kena berani~
segan kalau akak2 baca nie.. =.="
aku support korg..teruskan je ..entry yg benefit!!
insyaAllah mEkLee.. hehe~ doakan.. ameen~
Post a Comment