post kali nie bukan nak cerita pasal addiction kepada benda-benda 'dahsyat' nie.. well, codeine, morphine, amphetamine nie tak main laa.. nak stay awake untuk study ka atau qiam malam ka, minum ja 2 ke 3 cawan kopi (walaupun sesetengah orang dah habituation/tolerance/adapt). Atau buat lah apa-apa yang berfaedah kalau tak nak bagi mengantuk. (seriously, tak dak kaitan langsung dengan tajuk)...
ehsan dari google |
----------------------------------------------------------------------------------------------
tak tau la orang dekat luar sana akan react camna bila dah suka sangat-sangat sesuatu benda tuh..
macam penulis blog nie.. bila dia dah suka, dia akan addict, pastu obsess/fanatic tak tentu pasal.. alahai, parah~
contoh waktu zaman pas habes SPM dulu.. konon nak apply medic, jadi mesti la tahu serba serbi dalam bidang nie..
dalam family pulak tak pernah ada orang yang amik medic lagi, jadi alternatif terbaik waktu tuh adalah baca artikel 'ruangan kesihatan' dalam iluvislam..
banyak sangat respon dari bakal-bakal doctor nie, even yang masih belajar, senior dari alex pun ada jugak yang komen dekat situ (tapi waktu tuh tak kenal siapa-siapa pun la sebab tak fly lagi..) hehe..
nak kata tiap-tiap hari bangun tidur terus ja bukak.. kalau-kalau la ada discussion baru, maklumat terbaru, 'up-to-date' lah sangat.. al-maklumlah orang baru nak teruja dalam bidang nie. hehe
dan sekarang alhamdulillah dah pun ada dekat mesir sambung dalam medic..
tapi?? kemana hilangnya page forum : ruangan kesihatan, iluvislam yang di'bookmark' dulu.. eehh hilang dah?! (-.-")
DAN
lepas masuk second year nie, masalah yang sama menimpa lagi.. adoi. @.@
(time-time critical cam CNS(baca 'central nervous system') nie la dia nak datang, x dak masa lain ka huh?)
BLOG..!! errrrr~
entah jin spirit mana hembus-hembus semangat dekat jari jari nie menari-nari menaip untuk entry blog.
padahal dulu ada ja blog tapi nak update nya bukan main liat. dalam sebulan, sekali dua saja.. tapi sekarang tiap-tiap hari rasa nak update!!
kadang-kadang tuh pulak rasa cam setiap jam nak update (haha, hiperbola).. banyak sangat input yang nak di'output'kan balik dalam blog nie..
semua benda nak share, semua benda nak tulis, nak cerita.. jadi apa benda yang nak disimpan?! erkk..
okay, tunggu la sebulan dua lagi tengok dia(penulis blog) update gila gila macam sekarang tak?! bukan nak kata tak boleh update blog dekat diri sendiri, tapi ingat la anak anak buku yang perlu dibaca tuh.. module CNS nie bukan boleh buat main-main, everyday kena revise (senior cakap)
kalau nak study macam study module 1 dulu, alamatnya sebelum masuk dewan exam prepare la mental tuh cukup-cukup, takut keluar dewan nanges pulak..
sebenarnya nak muhasabah diri.. blog facebook twitter nie ada kelebihan dia.. tapi kena ka manfaat kan baik-baik..
semua benda kalau kena cara dia, handle baik-baik, insyaAllah kheir(okay)...
cam amphetamine tadi.. kalu guna untuk budak hyperactive dalam adequate amount, okay ja, bertambah-tambah senang sikit kerja nak mengurus budak tuh nanti..
tapi kalau dah amek dalam kuantiti yang banyak dan melampau berlaku la paradoxical effect, dah jadi lebih kurang cam pak cik kurus keding tinggal bawah jambatan tuh la.. ish ish ish~
courtesy from google |
words for thought,
Rasulullah saw: siapa yang fanatik pada seseorang atau mengharuskan orang-orang fanatik pada dirinya, maka ia telah mencabut ikatan keimanan dari lehernya.
(Al Kafi juz 2 hal 308 hadits no. 02)
Rasulullah saw: siapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji (jagung) dari sifat fanatisme, maka Allah akan membangkitkannya kelak bersama orang-orang Arab jahiliyah. (Al Kafi juz 2 hal 308 hadits no. 03)
jadi bersederhanalah dalam sesuatu perkara, tidak salah untuk suka kepada sesuatu benda tapi pandai-pandai lah kita urus kehidupan kita agar seimbang dunia dan akhirat.
moga Allah jauhkan kita dari sifat addiction, fanatisme, obsession terhadap benda benda keduniaan nieh... nauzubillah..
sampai sini dulu untuk kali nie, wasalam.. :)
*p/s :
1) perlu kurangkan ber'blogging'.. kalau dalam seminggu 2-3 post okay ja kan??
2) kena kurangkan minat tengok benda-benda lagho nie.. (korea/superjunior/lagu omputeh) yosh~
3) banyak kan pembacaan! ilmu diperoleh melalui membaca ^^ (tak tau sapa cakap benda nie)
4) forum ruangan kesihatan dekat iluvislam tuh!! alhamdulillah ada lagi.. :)
cuma nama dia sekarang nie dah tukar "komuniti iluvislam > doktor" (wuah, berwajah baru)
walaupun dah tak rajin macam dulu nak tiap-tiap hari belek.. insyaAllah lepas nie boleh la rajin-rajin kan diri tengok balik.. sebab ilmu itu kan luas..klik sini --> Komuniti ILuvIslam Forum Doktor
7 comments:
:) nice sharing..
currently my addiction is poems.. ;)
kalau addict bnda baik2 x pe kot.jgn ter addict bnda2 xbaik da la...
insyaAllah.. kena tingkatkan lagi amalan.. hehe :)
wani,klu kaitan fanatik ngn ekstrem cne pulak..?
fanatik nie dtg dari perkataan 'fan' maksud dia minat yang melampau-lampau..
ekstrem nie pulak macam lebih kepada fikrah dan pemahaman..
entah la kurang arif sgt benda-benda macam nie =.="
cuba tanya pakar-pakar bahasa dekat alex nie.. hehe
amalina al-hafizah kan nie???
kte tgh survey psl ekstrem neh..
sedar xsedar,mlsh ni mmg sgt berleluasa dlm msyrkt Islam skang ni..klu dah rse kumpulan dye betul,abes yg lain sume dikatakan salah..
penyelesaian dye cm sme je pe yg wani share ni,
'jadi bersederhanalah dalam sesuatu perkara'
ok,tq wani..u give me the idea..
ha,pndai pun teka..tp cam seganlah nama yg kat blkg tu..hehe
p/s:senanyer kte suka background pano sound blog neh..nk wat ringtone enset bole x?
ohh.. betul-betul.. ramai sekarang nie yang terlampau ekstrem dalam sesuatu benda sampai tak boleh terima pandangan orang lain..
harap bermanfaat :)
amek ja music backgroud nie.. lagu nie pon amek dari internet ja. hehe. first love piano version.. try ja la cari.. kalau tak jumpa bluetooth ja nanti dgn widad, ada dlm handset dia. :)
Post a Comment