Recent Posts

Showing posts with label rajin. Show all posts
Showing posts with label rajin. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

result dah keluar! pffft~

Assalamualaikum
courtesy from google

module 8 punya result dah keluar..
tapi post nie bukan nak bagitau result macam mana..
tanya la... paksa la... ugut la... tak nak bagi tau jugak.
(fine, tak dak orang pon teringin nak tau result budak yang tak study =.=")

main topik dia pasal alexandria university yang disayangi  =D
apakah..?
kenapakah..?
mengapakah..?
tiba-tiba result terpancut keluar cam glacier?
selalunya dah habis riot, revolusi, selamat sampai Malaysia, bersenang-lenang goyang kaki, makan sepuas hati..
baru la tau nak muncul-muncul..

pastu sekali keluar bukan untuk satu module ja..
*gedebuk* dia bagi 'durian runtuh' la pulak..
bertambah berbunga-bunga hati nie.. lalalala~

tapi sekarang nie..hari nie..petang tadi...
tak sempat nak tarik nafas panjang untuk prepare exam module 9 yang akan datang nie.
dia dah bagi warning siap-siap dah..
nah kau result!
nie la kalau main-main sangat
bagi sedar sikit..
hehehehehehehehehe [gelak penuh bermakna dari university]

erkkkkk @#$%^&*"?>?~  (=,=)"

manusia.. (specific untuk penulis)
orang bagitau result lambat, dia complain..
pot pet pot pet.
orang bagitau awal, dia pelik.
huh??!!
usah dilayan~

sebenarnya,
ada hikmah jugak nie..
suka sangat mengadap benda alah nie (aka laptop/fb/twitter/movie dan sewaktu dengannya)
its time to study.
focus on the important things first, before we move on to the least important.

yah yah yah.. semangat!!!

itu ja benda nak cerita untuk entry kali nie.

jutaan terima kasih buat pihak university..
ketua batch, timbalan, students representative(sr) dan semua yang terlibat dalam mendesak university mempercepatkan kerja. heh~

-dapat jadual untuk 4 weeks in a row. dah tak payah tunggu every week.
-get a brief idea bila cuti winter.
-give option untuk schedule exam.
-jadual yang alhamdulillah, tak la pack sangat.. still boleh survive..
seriously, banyak improvement kan. :) *sengih nampak gigi*

jadi,
kalau orang arab yang terkenal dengan sifat semulajadi diaorang pon boleh berubah..
apa lagi kita?
(tanya diri sendiri wahai wani..)

words for thought,
 “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

dah jom study......
wasalam.


*p/s : even ayat penutup pon panjang daaa..


courtesy from google
just for fun.. tiada agenda tersembunyi ;P

Sunday, 18 December 2011

bisikan hati

Assalamualaikum,

ada lagi 15minit sebelum pukul 11.. pukul 12 nanti kelas.
ingat nak update blog kejap.
ada something yang perlu diberitahu.
rasa macam tak aman jiwa raga kalau tak luahkan..

semalam, first time tido rumah orang, sleepover bak kata orang puteh.
sebelum nie memang tak suka nak menempek melepak dekat rumah orang.
takut menyusahkan tuan rumah, menghabis beras kat dapur.
tapi bila dah ada orang jemput, kena la penuhi ye tak?!

mula-mula malas la rasanya nak bergerak dari rumah,
tambah-tambah pulak hari tuh kena masak.
memang habis titik peluh tenaga digunakan bertarung memasak dekat dapur tuh. haih penat~ huh..
tapi dah janji, jadi lepas isyak' tuh pon berangkat la ke rumah kawan nie.

bila dah sampai rumah orang apa lagi.. sembang la.. (perempuan)
lama tak jumpa (eh, ya ka?)..
dulu duduk asrama boleh lagi nak turun floor walaupun kelas tak sama.
tak pon jumpa dekat KSP time perut berbunyi lagu 'rasa sayang'..

sekarang nie. jumpa kalau-kalau berselisih dekat lecture ja, tuh pon masing-masing nak rush.. dia orang sibuk la katakan. uhuk uhuk~

rindu time satu bilik dulu waktu dekat ikip. semua memori terungkap malam tuh. hehe (walaupun tak semua..)
dan banyak cerita la yang nak dicerita.

dengar cerita dia, masya Allah!!
beruntungnya seseorang tuh bila diri dia yang sibuk, masih lagi ada masa nak buat kerja-kerja lain.

hati ini jealous. =.="
"hebatnya" monolog sendiri.

dah la salah seorang U*P, 
pastu petang-petang join kelas ustaz akli, 
hari-hari jumaat memang padat dengan aktiviti.
ada masa nak study.
memang respect nak mati!!

waktu-waktu camnie selalu laa rasa,
"apa aku dah buat huh?"
"jumaat aku, terisi dengan apa?"
"petang aku, leka bermain apa?"
"nak kata pegang jawatan, hahahaha?!"(jauh panggang dari api)

ya Allah,
terasa ruginya diri nie..... 


Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran
[ Surah Al-'Asr ]

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka 
sendiri
[ Surah Ar-Ra’d (ayat 11) ]


*p/s: 
1) ingat balik matlamat datang belajar sini, nak mengarap ilmu sebaik mungkin, mengoptimumkan waktu dengan amal kebaikan.
2) sama-sama kita doakan naa.. (^^)

"bila kita cemburu kan seseorang kerana kebaikan yang dilakukan.
buatlah yang lebih baik darinya :) "
(my quote)
fighting wani!! gambate!! :)