Recent Posts

Thursday, 5 January 2012

Pemimpin dan orang yang dipimpin.

Assalamualaikum.
Allahumma solli 3ala saiyidina Muhammad~
ada apa dengan ketua? pemimpin? amir? khalifah?

baru baru nie kecoh pasal kes calon ketua batch dekat university.
adoi.
serabut otak tengok orang bergaduh.
macam pointless ja cakap lantang-lantang tapi diri sendiri tak pandang cermin.

kalau nak list kan ciri-ciri pimpinan mengikut islam.
memang panjang.
dan rasa-rasanya semua orang faham.
apa ciri pemimpin yang baik kan..??
islam, lelaki, bertanggungjawab, adil, tegas, lemah lembut, dan bla bla bla..

tak kisah la sehebat mana pun pemimpin tuh.
dia pandai bercakap ka.
dia genius gila ka.
dia sangat bertanggungjawab ka.
dia tegas ka.
tapi kalau hubungan dia dengan penciptaNya tak okay.
baik lupakan semua benda dekat atas tuh..

ingat senang ka nak jadi pemimpin?
setiap gerak kerja yang kita buat malaikat catit tau.
even attitude yang kita tonjolkan dekat pimpinan kita pon dah jadi bonus mark untuk di tulis dalam buku catatan amalan kita.
dekat padang Masyar nanti, ketua la jugak orang pertama yang akan disoal. Jadi jawab la nanti.

orang pandang pemimpin untuk direspect, diteladani, dicontohi..
kalau dari awal dah tau dia tuh camnie, dia tuh cantuh..
camna nak respect.? camna nak undi.?
(jawab sendiri)

untuk kes batch pulak.
saya admit.
siapa yang tak nak suara kita didengari oleh pihak university.

orang arab.
kerja.. haih..*sigh* kalau cakap esok.. tunggu sampai berbulan-bulan pon tak jamin boleh siap lagi ka tak. (ok. hiperbola sangat)
tak salah kita nak kan pemimpin yang hebat! lantang! berani!
memang itu yang kita nak!

tapi kriteria pemilihan pemimpin yang baik bukan based on benda tuh saja.
banyak lagi yang kita perlu fikirkan.
kita bukan lagi budak-budak yang nak pilih ketua semata-mata nak carik gaduh dengan pihak university.
even senior-senior tahun sebelum nie pun ada masalah yang sama.
kita tak boleh nak cakap yang diaorang lembik. tak lantang. tak tegas.
tak, sebab diaorang pon dah lama makan 'falafil' dekat university tuh dari kita.
setegas mana pon kita, tapi kalau dah orang tuh perangai dia memang macam tuh. tak jalan jugak.
cuma apa yang termampu boleh kita buat adalah dengan mengurangkan lagi complication masalah-masalah semua tuh.

macam ubat jugak.
ada dua cara treatment kan.
either treat the cause or treat the symptoms; which means kurangkan lagi masalah la.
sebab bukan semua masalah boleh setel dengan sepenuhnya

orang yang tak pernah experience dengan benda nie memang tak tau.
ingat tahu nak mengomen dan membantah ja.
cakap lantang, sedap, pedas.
cuba pergi sendiri, cakap sendiri pih.

orang lain mati-matian tak nak jadi ketua.
tapi pelik sebab ada orang macam desperate la sangat.
lagi pelik bila orang tuh tak bertanding pon, tapi cakap cam perrrh... (malas nak tulis panjang, buat sakit hati tambah dosa)
DUNIA~

time orang bagi kertas suruh calonkan mana-mana calon yang rasa layak, tak kecoh pon nak sibuk-sibuk tarik undi suruh orang calonkan.
bila sekali list calon dah keluar.. mulut.. pot pet pot pet mengutuk dekat belakang depan.
cuba fikir balik kenapa nama orang yang dicalonkan tuh naik kalau bukan kita sendiri yang calonkan??

jadi ingat..
ini bukan paksaan dalam pemilihan.
ini pilihan yang kita dah tentukan.

Allah dah pilih apa yang terbaik buat kita semua.
apa yang terjadi ada hikmahnya.
berlapang dada lah dalam apa jua keputusan yang kita terima.
tiada guna bergaduh, menyakitkan lagi hati orang-orang yang mendengar.
baik duduk senyap-senyap berzikr dan study.

tak salah nak suarakan ketidak puasan hati.
just pastikan yang apa yang kita nak sampaikan itu jelas dan difahami.
tak payah la pulak nak kaitkan dan memburukkan orang lain dalam mesej kita tuh.
buat tambah dosa free.

rasanya semua orang dah jelas pun dengan benda nie.
tak perlu lagi explanation dan example berjela-jela dan bermacam-macam.
semua dah besar kan?
jadi fikir la baik-baik.
bercakap dan bertindak mengikut akal dan iman. :)

itu saja.
wasalam.

siapakah pemimpin yang kita inginkan? hebat dan lantang di mata dunia?
tapi sifar dan zero disisiNya?

*p/s:
1) maaf kalau ada yang tersinggung untuk entry kali nie. tak nak cari controversy, tapi hanya nak membetulkan diri sendiri.
2) penulis tak menyokong mana-mana parti, biarlah apa yang diundi adalah yang terbaik untuk diri, batch dan umat kita sendiri.
3) tak dak istilah budak tajaan ka atau sebaliknya sebab semua orang sama disisiNya. no racist. (apa yang membezakan kita adalah IMAN)
4) kepimpinan yang terbaik adalah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.. jadi belajar lah dari baginda.
5) yang tak terlibat tuh better tutup mulut sebelum menyebarkan lebih banyak lagi dosa. saya sayang anda. kata nak masuk syurga sama-sama kan. :)
6) pernah dengar cerita kamal al-tartuk kan? seorang pemimpin yang hebat TAPI iman dan akidah rakyat Turki jadi taruhan. nauzubillah~

WORDS FOR THOUGHTS :


Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, baginda Rasulullah s.a.w bersabda :

Quote
"Jika amanah (urusan dan tugas keagamaan itu) hilang (kerana tidak dilaksanakan), maka tunggulah akan berlakunya kiamat, salah seorang sahabat bertanya - Bagaimana amanah itu boleh hilang (kerana tidak dilaksanakan)? Rasulullah menegaskan: "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah akan berlakunya kiamat." Hadis riwayat Imam Bukhari dengan sanad yang sohih.

0 comments:

Post a Comment