[sekitar 6/11/2011 bersamaan 10Zulhijjah 1432H]
Kalau masuk tahun nie, dah 2 tahun sambut raya haji kat sini.. kat mana tuh?! (bajet cam budak negara lain baca blog ni kot) haha.. okay2. kat alexandria, egypt.. walaupun bukan kat ireland ka, korea ka, german ka.. mesir pun di kira 'oversea' jugak kan..
tahun sebelum nie sambut dengan kawan sekolah dekat cairo, jadi tahun nie disebabkan kami baru pindah rumah selepas dihalau dari asrama, jadi dengan semangat yang berkobar-kobar nak celebrate la pagi raya dengan ahli rumah.. huk2 -.-" (sapa2 yg tak tau the reason kami kena campak keluar asrama boleh la tekan kat SINI! )
tapi raya tahun nie lain sikit, sebab program raya ter'clash' dengan program seminar perubatan.. jadi malam raya tuh kami semua balik rumah lambat, dengan letih dan fuhh tak tau nak kata camna lagi lah, terus masuk dapur sediakan juadah untuk pagi raya esoknya.. sedar tak sedar sampai pukul 1.30pagi mengacau dodol.. (ya la tuh sangat..tolong jangan percaya)
pastu awal pagi-pagi lagi dah kena bangun, solat subuh dan siap-siap nak pergi solat raya dekat asrama MARA. (kat sini orang arab solat raya awal, pukul 6.30am pun ada masjid yang dah mula solat) kebetulan kami dengan roomate pulak incharge untuk majlis sambutan aidiladha nie, memang nak kena datang awal la.. ^^ *kelam kelibut jugak dibuatnya pagi tuh*
selesai majlis dekat asrama, kami pon balik rumah.. makn juadah yang bertungkus-lumus masak semalam ;)
(nak tgok tak kami masak apa.. hehe.. makan la jangan segan2 pulak..)
clockwise : atas kiri; kuah kacang, begedil, kuah lodeh, dan rendang ayam |
dan pas zuhur pulak kami semua rushing balik ke tempat seminar (seminar nie selama 2 hari..jadi terpaksa la berkorban masa yang sangat berharga disamping rakan2 tercinta.. uhuk2.. *ayat sadis* )
cam tuh la camna kami se'keluarga' spend raya bersama. hahahaha ;) (seriously, boring gila cerita budak nie..)
Jadi buat rakan taulan, sahabat handai, ibu bapa, pak menakan, ibu saudara, nenek jiran mak cik sepupu sebelah rumah,
dan siapa2 yang mengenali kami budak2 "the Mama's House'.. kami mengucapkan,
"Selamat hari Raya AidilAdha..
Maaf Zahir & Batin"
Maaf Zahir & Batin"
*p/s: aktiviti sepanjang raya(6-8/11) akan diupdate pada post seterusnya.. (bajet cam orang nak follow kan.. haha..terima ja la perngai penulis nie.. sorry)
0 comments:
Post a Comment