disebabkan nie sambungan yang hari tuh (klik sini), jadi dah malas nak cakap bebanyak.. sebab post hari tuh pon panjang dia dah meleret-leret sampai ada yang rasa menyampah nak baca kan.. hehe..
terus ke main point kita iaitu.. SUASANA SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA..
barisan ajk-ajk yang terlibat sepanjang program (6/11-8/11) |
6/11 : solat sunat hari raya (di sutuh a.k.a atas bumbung asrama MARA) |
7/11 : sesi korban |
8/11 : Rumah Terbuka AidilAdha |
senyuman di pagi raya :) |
nak dedicate ucapan TERIMA KASIH banyak-banyak buat semua ajk2 yang terlibat; tuan pengarah (blog beliau), timbalan pengarah (terima kasih akak sebab pilih saya..hehe), ajk makanan, tempat, protokol, setiausaha, bendahari, ajk promosi (thats me..hoho).. syukran jazilan sebab sudi beri kerjasama. saya budak baru belajar, dah la first time handle program camnie! minta maaf kalau ada yang terkurang, tersalah perilaku, bahasa dan apa-apa yang kurang dari saya.. minta maaf dan terima kasih sangat-sangat..!!
some words for thought,
" Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.” (Muslim) "
*p/s:sorry lambat post sebab penulis blog nie dulu nya seorang yang sangat malas menulis dan suka menyimpan post dalam kotak draft lama2.. (dia nak buat pekasam kot) hrmm... ;) *
dan satu lagi.. gambar-gambar di atas bukan nya hak milik saya.. nie hasil kerja usaha titik peluh tuan yang angkat kamera dan picit button kat kamera tuh supaya dapat la tangkap gambar-gambar kami nie. syukran kepada senior syamsul anwar (sam) dan roomate tersayang widad shukri (nie blog dia!)..
till then.. toodles!!
0 comments:
Post a Comment