Recent Posts

Wednesday, 30 May 2012

Birthday Lagi..

Assalamualaikum!

Harap masih ada lagi orang yang nak baca post kali ni. Walaupun selepas pointless dan helpless entry-entry terdahulu yang agak takde paedahnya membosankan.


(Kalau takdak orang baca pon, jari jemari gemok-gemok nie masih lagi menari-nari atas keyboard nie, jangan risau!)


Hari nie Birthday Widad Shukri yang ke-20 tahun!!
Akak TKB kita nie dah tua rupanya, haha (walaupun nampak kecil lagi..)
"wishing you, selamat hari lahir, semoga panjang umur dalam redhaNya, dimurahkan rezeki, happy dan healthy selalu, all the best in life dan semoga cepat dapat jodoh! " :P

majoriti hadiah beliau adalah koleksi Spongebob!! (>.<)"


memang kuning habis laa katil sebelah nie... eeerrkk?!

dan..

Hari nie juga orang skype setelah hampir sebulan lebih.
Ya! Ya! Ya!
Orang memang "SUKA" buat pusingan sebulan sekali ja, sebab time nie laa boleh all out segala macam perasaan yang terbuku sejak zaman moyat moyang cucu cicit piut dulu. Jadi normal la kalau orang cakap yang orang skype MINIMUM 2 jam sahaja. minimum okay..

dan hari nie bukan family orang ja yang ada dekat rumah..
nenek, ucu, achik, affan, semua ada...

CUTI SEKOLAH..!!!!!!!!!!!!!!!!  T__T

jealous tengok semua orang berkumpul ramai-ramai dekat rumah. dah macam raya, walaupun Rejab pon tak habis lagi.. uhuk uhuk~
dan hujung minggu nie family pak chaq pulak nak datang, dengan aunty rozita.
tak payah dah susah-susah nak jemput buat housewarming party, memang orang datang tanpa dijemput..hahaha (just kidding)

dan..

hari nie jugak result CVS dengan Epidemiology keluar!
orang kalau boleh tak nak bercerita panjang.
sebab rasa tak layak pulak nak jaja kisah diri sendiri yang entah apa-apa.
yang pastinya result orang kali nie jatuh merudum, kalah bunyi buah durian gugur, seriously!
orang rasa terhentak jugak, sebab selama nie orang selalu duduk dalam comfort zone sampai tak sedar yang orang dah jauh lalai dengan benda-benda keduniaan nie.
jadi semuanya point back to myself lah.

nie macam indirect motivation untuk orang teruskan berusaha dalam final nanti.
tinggal sebulan setengah ja lagi untuk balik Malaysia.

tapi tuh la, orang nie kadang-kadang selalu terlampau leka.
orang suka online walaupun tak buat apa-apa.
orang suka search sana, search sini.
download software yang entah apa-apa, pastu bila tak best..delete!
pastu download pulak yang lain.
macam pointless kan?! huhu..

jadi kawan-kawan kalau rasa orang terlampau terleka, kejutkan orang.
kalau rasa orang banyak buang masa, tegur orang.

dalam masa terdekat nie exam Respiration.
jadi orang agak cuak sebab banyak jugak yang orang tak cover lagi.
dan modul nie lagi heavy dari CVS orang rasa.
doakan yer kawan-kawan.. :)

sampai sini dulu.
wasalam..



0 comments:

Post a Comment