Recent Posts

Thursday, 9 February 2012

exam fairytale.

salam.

its thursday
4 more days left.
one more paper to go.
do pray for me.
its 'infection and immunity'
glad that CNS is over (alhamdulillah)

my house was out of internet connection for 2 days.
and someone borrowed my laptop and never want to give it back
well, i'm actually glad that it did happen.
got plenty of time focusing on what to read for exam than trying to get myself busy with twitter, facebook, blog and else.

i think i can practice this on the upcoming examination for semester 4.. hiyye
pull out the internet cable.
and rent my laptop to someone else.
i really need to be away from this two freaking annoying loving thing.

cause i just really can't stop myself looking at the timeline every 30min..
like, "what am i doing?"
i got books to read, exam to pass.. @.@

and through this long days not updating.
i'm truly story.
well, i indeed have plenty of stories to tell.
but you know me.. hah
not-talented-knowing-nothing-boring-blogger.

guess i should just keep it by myself.
well, i hope i can do it.
you know its hard (for a person like me)
even if it is just a single tiny little unimportant news,
i still want to let somebody know about it.
just can't let myself being bother about it all alone.
and whoever person right next to me.
you are the next prey. kahkah

ok.
back to the track.
my main problem right now!
the examination.
how am i gonna stand this study leave?
you know.
it is the time of torturing.
all that you have learnt for the whole semester got to be right in your mind, stick in it, and hope that it will never trying to escape.
and it is the time when you feels like, if there is any other way to remember all those facts without reading, you will consider doing it.
like boiling your books and drinks the water for example. *lame*

i'm tired..
seriously tired.
BUT.
i never want to give up.
cause only losers give up.
and i don't want to be a loser.

i shouldn't complain about this you know. *sigh*
this is life.
having ups and down.
the REALITY!
don't expect life like a fairytale.
it never exist.
trust me.
go search for it.
if you find it, tell me ASAP.

just be thankful wani....
alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

i'm still breathing in this body of mine.
and i got plenty of good deeds to work on.
cause i want to have my own fairytale story at the 'jannah'.. (ameen)
do pray for me, will you..




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.' 

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



*p/s:
1) lagu taylor swift to tipu ka huh?! (today is a fairy tale... alalalalala~)
2) patot post benda nie before cns start. nie dah abes time2 crucial. study leave pon berbaki 4 hari ja lagi. peeh~

Wednesday, 18 January 2012

menanti bulan 2

assalamualaikum..

tau tau.. tajuk entah apa-apa..
macam nak cerita apa ja.
bulan satu pon baru sampai separuh bulan, dah sibuk tunggu bulan dua.

bulan satu..
kalau zaman sekolah dulu budak-budak happy nak masuk sekolah..
tapi bukan nak belajar.
semangat nak jumpa kawan ja.
tak pun sebab waktu tuh barang-barang serba baru.
lagi-lagi budak yang baru nak masuk darjah satu.
sekolah baru, beg baru, baju baru, kasut baru, pencil case baru, botol air baru, kawan baru, segala-galanya baru..
(tak pa.. biarkan depa happy sebentar.. bila kelas dah start nanti, tengok la sorang-sorang meleleh carik ibu..)

bila dah masuk bulan dua..
budak-budak darjah satu nie dah stabil sikit dah..
ibu dah tak tunggu dekat kantin time rehat.
pandai beli sendiri.
belajar pegang duit poket.
kalau dulu ibu bagi singgit sehari.
lepas laa untuk beli nasi lemak sebungkus dengan air secawan.
tapi kalau nak jimat bawak sendiri bekal dan botol air dari rumah.
pastu duit lebih kita rongeng..
kopok lekor, nuget, sosej, prenpries, kopok, cekelat, cekelat yang dalam dia ada mainan, pemadam??!! erk.
kalau ada duit lebih, ibu suruh masuk tabung.
tapi last-last hujung bulan tabung kosong jugak.
sebab tiap-tiap minggu guna untuk borong dekat pasar malam.
tak pon tiap kali keluar main waktu petang, duit tuh la guna untuk beli guli, kad tepuk, mainan yang tikam kat mesin, gasing, pengalas perut, bla bla... haha

ok. dah terkeluar tajuk..
orang nak cakap pasal bulan dua.
yang keluar pasal budak darjah satu pasai pa?! *pelik*
kalau cikgu semak paper karangan UPSR, dah lama dapat 35% ja.
orang cakap tuh markah kesian.
ada pulak markah untuk kesian.
markah simpati tak dak pulak. eh. bukan sama ja ka?!
fine. lupakan~

baik.
ada apa dengan bulan dua?
well.. secara briefly nya,
awal bulan ada exam semester 3. (headshot)
tengah bulan cutiiiiiiii WINTER!! (happy)
hujung bulan module Cardiovascular System[CVS] pulak daa... (huuuuh?!)

semua benda dah bercampur baur..
awal-awal mati..
pastu bangun hidup balik.. bernafas kembali, ohh udara bersih mesir, puas bermain-main lalalalalalala..
dan pengsan kembali..
lebih kurang macam tuh la perasaan dia.
sangat-sangat complicated.
orang dah excited nak cuti!!
tapi kena fikir exam dan study.

macam orang selalu cakap.
dekat dunia nie tak dak istilah rehat yang sebenarnya.
manusia berehat bila dah mati nanti.
itu pon kalau Allah redha dengan amal kita sekarang.
boleh laa rehat sepuas-puasnya dekat taman-taman syurgaNya.
tapi kalau tidak.
meranalah dunia, meranalah akhirat. nauzubillah min zalik.


dan...................................
untuk penantian bulan dua nanti.
"winter break" :)
harap segala perancangan terlaksana. insyaAllah ameen~
(dup dap dup dap dup dap)

wasalam.

courtesy from facebook
life always have its up and down
but no matter what, still look up!
ok tak faham.ignore~

Wednesday, 11 January 2012

result dah keluar! pffft~

Assalamualaikum
courtesy from google

module 8 punya result dah keluar..
tapi post nie bukan nak bagitau result macam mana..
tanya la... paksa la... ugut la... tak nak bagi tau jugak.
(fine, tak dak orang pon teringin nak tau result budak yang tak study =.=")

main topik dia pasal alexandria university yang disayangi  =D
apakah..?
kenapakah..?
mengapakah..?
tiba-tiba result terpancut keluar cam glacier?
selalunya dah habis riot, revolusi, selamat sampai Malaysia, bersenang-lenang goyang kaki, makan sepuas hati..
baru la tau nak muncul-muncul..

pastu sekali keluar bukan untuk satu module ja..
*gedebuk* dia bagi 'durian runtuh' la pulak..
bertambah berbunga-bunga hati nie.. lalalala~

tapi sekarang nie..hari nie..petang tadi...
tak sempat nak tarik nafas panjang untuk prepare exam module 9 yang akan datang nie.
dia dah bagi warning siap-siap dah..
nah kau result!
nie la kalau main-main sangat
bagi sedar sikit..
hehehehehehehehehe [gelak penuh bermakna dari university]

erkkkkk @#$%^&*"?>?~  (=,=)"

manusia.. (specific untuk penulis)
orang bagitau result lambat, dia complain..
pot pet pot pet.
orang bagitau awal, dia pelik.
huh??!!
usah dilayan~

sebenarnya,
ada hikmah jugak nie..
suka sangat mengadap benda alah nie (aka laptop/fb/twitter/movie dan sewaktu dengannya)
its time to study.
focus on the important things first, before we move on to the least important.

yah yah yah.. semangat!!!

itu ja benda nak cerita untuk entry kali nie.

jutaan terima kasih buat pihak university..
ketua batch, timbalan, students representative(sr) dan semua yang terlibat dalam mendesak university mempercepatkan kerja. heh~

-dapat jadual untuk 4 weeks in a row. dah tak payah tunggu every week.
-get a brief idea bila cuti winter.
-give option untuk schedule exam.
-jadual yang alhamdulillah, tak la pack sangat.. still boleh survive..
seriously, banyak improvement kan. :) *sengih nampak gigi*

jadi,
kalau orang arab yang terkenal dengan sifat semulajadi diaorang pon boleh berubah..
apa lagi kita?
(tanya diri sendiri wahai wani..)

words for thought,
 “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

dah jom study......
wasalam.


*p/s : even ayat penutup pon panjang daaa..


courtesy from google
just for fun.. tiada agenda tersembunyi ;P

Friday, 6 January 2012

kari Ikan penang mari~

Asalamualaikum

firstly maaf sbb x dak anggaran yang tepat pon nak masak..
ikut sedap hati ja nak banyak mana.
hehe

mula-mula tumis bawang putih + bawang merah + harba campur
sampai naik bau
halia + daun kari + serbuk kari ikan + sedikit air asam jawa
tumis sampai pecah minyak
masukkan air, tunggu sampai mendidih
masukkan ikan
letak kentang(potong ikut suka) + garam
mendidih sampai pecah minyak
santan + tomato
tunggu sehingga kari betul-betul masak..
kalau tak cukup garam boleh pandai adjust sendiri.
siap :)

senang ja insyaAllah.. hehe

selamat memasak!

*p/s : ada orang suka tambah yogurt dalam masakan nie. bagi masam-masam lemak.. ala2 mamak nasi kandaq gituh.. hehe

Thursday, 5 January 2012

Pemimpin dan orang yang dipimpin.

Assalamualaikum.
Allahumma solli 3ala saiyidina Muhammad~
ada apa dengan ketua? pemimpin? amir? khalifah?

baru baru nie kecoh pasal kes calon ketua batch dekat university.
adoi.
serabut otak tengok orang bergaduh.
macam pointless ja cakap lantang-lantang tapi diri sendiri tak pandang cermin.

kalau nak list kan ciri-ciri pimpinan mengikut islam.
memang panjang.
dan rasa-rasanya semua orang faham.
apa ciri pemimpin yang baik kan..??
islam, lelaki, bertanggungjawab, adil, tegas, lemah lembut, dan bla bla bla..

tak kisah la sehebat mana pun pemimpin tuh.
dia pandai bercakap ka.
dia genius gila ka.
dia sangat bertanggungjawab ka.
dia tegas ka.
tapi kalau hubungan dia dengan penciptaNya tak okay.
baik lupakan semua benda dekat atas tuh..

ingat senang ka nak jadi pemimpin?
setiap gerak kerja yang kita buat malaikat catit tau.
even attitude yang kita tonjolkan dekat pimpinan kita pon dah jadi bonus mark untuk di tulis dalam buku catatan amalan kita.
dekat padang Masyar nanti, ketua la jugak orang pertama yang akan disoal. Jadi jawab la nanti.

orang pandang pemimpin untuk direspect, diteladani, dicontohi..
kalau dari awal dah tau dia tuh camnie, dia tuh cantuh..
camna nak respect.? camna nak undi.?
(jawab sendiri)

untuk kes batch pulak.
saya admit.
siapa yang tak nak suara kita didengari oleh pihak university.

orang arab.
kerja.. haih..*sigh* kalau cakap esok.. tunggu sampai berbulan-bulan pon tak jamin boleh siap lagi ka tak. (ok. hiperbola sangat)
tak salah kita nak kan pemimpin yang hebat! lantang! berani!
memang itu yang kita nak!

tapi kriteria pemilihan pemimpin yang baik bukan based on benda tuh saja.
banyak lagi yang kita perlu fikirkan.
kita bukan lagi budak-budak yang nak pilih ketua semata-mata nak carik gaduh dengan pihak university.
even senior-senior tahun sebelum nie pun ada masalah yang sama.
kita tak boleh nak cakap yang diaorang lembik. tak lantang. tak tegas.
tak, sebab diaorang pon dah lama makan 'falafil' dekat university tuh dari kita.
setegas mana pon kita, tapi kalau dah orang tuh perangai dia memang macam tuh. tak jalan jugak.
cuma apa yang termampu boleh kita buat adalah dengan mengurangkan lagi complication masalah-masalah semua tuh.

macam ubat jugak.
ada dua cara treatment kan.
either treat the cause or treat the symptoms; which means kurangkan lagi masalah la.
sebab bukan semua masalah boleh setel dengan sepenuhnya

orang yang tak pernah experience dengan benda nie memang tak tau.
ingat tahu nak mengomen dan membantah ja.
cakap lantang, sedap, pedas.
cuba pergi sendiri, cakap sendiri pih.

orang lain mati-matian tak nak jadi ketua.
tapi pelik sebab ada orang macam desperate la sangat.
lagi pelik bila orang tuh tak bertanding pon, tapi cakap cam perrrh... (malas nak tulis panjang, buat sakit hati tambah dosa)
DUNIA~

time orang bagi kertas suruh calonkan mana-mana calon yang rasa layak, tak kecoh pon nak sibuk-sibuk tarik undi suruh orang calonkan.
bila sekali list calon dah keluar.. mulut.. pot pet pot pet mengutuk dekat belakang depan.
cuba fikir balik kenapa nama orang yang dicalonkan tuh naik kalau bukan kita sendiri yang calonkan??

jadi ingat..
ini bukan paksaan dalam pemilihan.
ini pilihan yang kita dah tentukan.

Allah dah pilih apa yang terbaik buat kita semua.
apa yang terjadi ada hikmahnya.
berlapang dada lah dalam apa jua keputusan yang kita terima.
tiada guna bergaduh, menyakitkan lagi hati orang-orang yang mendengar.
baik duduk senyap-senyap berzikr dan study.

tak salah nak suarakan ketidak puasan hati.
just pastikan yang apa yang kita nak sampaikan itu jelas dan difahami.
tak payah la pulak nak kaitkan dan memburukkan orang lain dalam mesej kita tuh.
buat tambah dosa free.

rasanya semua orang dah jelas pun dengan benda nie.
tak perlu lagi explanation dan example berjela-jela dan bermacam-macam.
semua dah besar kan?
jadi fikir la baik-baik.
bercakap dan bertindak mengikut akal dan iman. :)

itu saja.
wasalam.

siapakah pemimpin yang kita inginkan? hebat dan lantang di mata dunia?
tapi sifar dan zero disisiNya?

*p/s:
1) maaf kalau ada yang tersinggung untuk entry kali nie. tak nak cari controversy, tapi hanya nak membetulkan diri sendiri.
2) penulis tak menyokong mana-mana parti, biarlah apa yang diundi adalah yang terbaik untuk diri, batch dan umat kita sendiri.
3) tak dak istilah budak tajaan ka atau sebaliknya sebab semua orang sama disisiNya. no racist. (apa yang membezakan kita adalah IMAN)
4) kepimpinan yang terbaik adalah kepimpinan Nabi Muhammad SAW.. jadi belajar lah dari baginda.
5) yang tak terlibat tuh better tutup mulut sebelum menyebarkan lebih banyak lagi dosa. saya sayang anda. kata nak masuk syurga sama-sama kan. :)
6) pernah dengar cerita kamal al-tartuk kan? seorang pemimpin yang hebat TAPI iman dan akidah rakyat Turki jadi taruhan. nauzubillah~

WORDS FOR THOUGHTS :


Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, baginda Rasulullah s.a.w bersabda :

Quote
"Jika amanah (urusan dan tugas keagamaan itu) hilang (kerana tidak dilaksanakan), maka tunggulah akan berlakunya kiamat, salah seorang sahabat bertanya - Bagaimana amanah itu boleh hilang (kerana tidak dilaksanakan)? Rasulullah menegaskan: "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah akan berlakunya kiamat." Hadis riwayat Imam Bukhari dengan sanad yang sohih.