Recent Posts

Friday, 22 April 2016

it's been so long.

and inshaAllah, i will finish my medical school in less than 4 months.

itu je yang nak update sebab dah berabuk blog ni. tehee :)

Monday, 1 September 2014

Kudat?

Currently in Kudat, Sabah for Community Medicine and Family & District Posting.
I will be residing here for almost 4 months. HAHA

Well, Kudat is not that bad after-all, a really nice place.. so 'kampung' I must say!
no tall buildings, no shopping complex, no fine dine restaurants..
And It took us 25 minutes from the hostel to go to the Kudat Town.. lol

The hostel was really nice. I do hope things turn up well here.
Right now I just need to focus on my study and face the reality of being a forth year medical student!

Bismillah~



Wednesday, 20 August 2014

Hikmah?

Bila mana kita asyik mencari hikmah, sampai kita tak sedar yang apa yang kita lalui sekarang nie lah hikmah yang Allah nak tunjuk. Sepanjang duduk dekat Sabah nie, dah tak terkira berapa banyak kali menangis. Kalau dekat Mesir dulu sebab 'homesick', dekat sini........................... *sigh*

Memang kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku masa depan nanti. Dulu ingat boleh graduate sekali dengan kawan-kawan satu batch dekat Mesir, tapi akhirnya dekat Sabah jugak tercampak. Ingat lepas datang Sabah, takda lagi dah masalah dengan rumah dan pengurusan university yang teruk, sekali tengok lebih kurang ja. Dan ingat dekat sini boleh laa kerja awal, sekali kena extend jugak semata-mata nak complete kan subjek teras university dengan MUET. Dah la elaun sikit.... T_T

Bila dah jadi macam nie, hati nie dah macam redha ja. Dah takda air mata lagi nak menangis. Penat.. Terlampau penat.. 

Biarlah hati nie belajar untuk jadi kuat sikit... Selepas apa yang terjadi, hang nak give up wani?? hahahahahaha..




*p.s: orang lain sibuk fikir pasal nak bina bait muslim... kita?


tak boleh nak fikir pun.. banyak lagi yang tak setel :(



Friday, 4 April 2014

Marah!!

Perkara fitrah dalam persahabatan ada kalanya kita akan marah, tidak puas hati, rasa menyampah..
Tapi kalau kita fikir balik, berbaloi ka perasaan semua tuh untuk satu ikatan ukhwah yang kita dah bina selama bertahun-tahun..

Memang, kita boleh marah. Tapi bila sahabat kita tegur dengan cara yang baik, cuba untuk memahami kesilapan dia, patut ka kita membisu dan buat tak tahu macam dia tak pernah wujud pun!

Well, it's hurts okay.. Kalau awak marah dekat saya, fine.. I'm sorry.. but If you are trying to ignore me, than I will get mad also. And siapa dapat benefit kalau dah dua-dua orang marah? Syaitan??

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk." (HR Ahmad & Abu Daud)

And in the end, we need time to clear things up and rebuilt our friendship.. and sometimes, our friendship may not be the same like it used to be..

Bukan senang nak control marah, even diri sendiri pon kadang-kadang terlepas jugak. Tapi jangan sampai kemarahan kita effect orang sekeliling. Nie kadang-kadang marah seorang ja, tapi dengan semua orang dia bad mood. Nak buat macam mana, nama pon manusia.. memang hidup kita nie penuh dengan kesilapan. Tapi jangan sampai kesilapan tuh dibiar berulang berkali-kali.

learn something from the past, to create a better future!

"Wahai Rasulullah, ajarlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan syurga dan dijauhkan dari neraka". Maka Nabi menjawab "Jangan luahkan kemarahanmu."(hadis riwayat Thobrani, Sohih)

Till then, Assalamualaikum wbt. :D *senyum nampak gigi*



p.s : lagi satu, muka buruk ohh bila marah, cepat tua! annoying gila.. LOL

Wednesday, 12 March 2014

Kitab Al-Islam Syariatu Al-Zaman Wa Al-Makan

Sebenarnya daurah kitab nie dah lama, cuma baru rasa nak share dekat sini.. well, i was deeply in touched by the talk. don't know if you will feel the same way like I do kan.. hehe
and tak tau laa kalau betul tak apa yang saya sempat salin sepanjang talk tuh, just from cebisan-cebisan nota yang berterabur, so correct me if I'm wrong. and tell me what did I miss.. :)


"Kita tidak akan merasa bangga dan mulia dengan agama kita jika kita tak kenal dan tahu agama kita sendiri..." -Ustaz Syafiq-

Hebat dan istimewanya syariat Islam berdasarkan 10 ciri-ciri syariat:

1) Ketuhanan : 
Agama itu dari Allah. kerana manusia sifatnya lemah dan mudah tepengaruh dengan keadaan, tempat, etc.. 

2) Universal : 
Islam membawa rahmat dan petunjuk buat sekalian makhluk. Tidak kira sama ada dia orang arab, handsome ka tak.. Sebagai contoh, Bilal bin Rabah seorang hamba Habsyi (yang gelap) kedengaran tapak kakinya disyurga.. Dan ketahuilah, hanya takwa yang membezakan kita disisiNya.

3) Syumul (menyeluruh) : 
AlQuran didalamnya telah diceritakan segala sesuatu tentang kehidupan. Baik dari segi ekonomi; catit hutang (alBaqarah:282), Jenayah; Qisas (alBaqarah:178), Perlembagaan; syura @ mesyuarat (asSyura:38) dan even nak masuk tandas pon kita diajar untuk melangkah dengan kaki kiri..

4) Islam Boleh Menerima Perubahan : 
Islam meraikan perubahan. Kayu sugi kepada berus gigi. Kecuali yang mana nas-nasnya telah disebut di dalam alQuran secara tetap; isu akidah, rukun iman dan hukum ibadat. Islam memandu perubahan itu dengan meletakkan asas. Seperti binaan rumah yang memerlukan kepada tiang sebagai asasnya, namun terpulanglah untuk membina sebesar mana, atau untuk mengecat warna apa..

5) Mengimbangi Material dan Spiritual :
Mengimbangi hak kepada Allah (ibadah), hak sebagai individu dan juga hak kepada masyarakat. Pengutamaan aspek pembinaan roh penting tanpa mengabaikan penjagaan jasad. (alQasas:77)

6) Mengimbangi Individu dan Masyarakat : 
Hak individu untuk memiliki sesuatu, untuk belajar dan hak kemuliaan. Dan setiap dari kita ada hak masing-masing dalam masyarakat.

7) Islam agama yang Mudah dan Relevan : 
Contoh didalam bab solat, beberapa rukhsah(kelonggaran) diberikan bagi sesiapa yang tak mampu berwudhuk, disuruh bertayamum, tak mampu untuk berdiri, disuruh duduk, tak mampu duduk, berbaring...

8) Menyempurnakan Syariat yang terdahulu : 
Seperti mana yang telah dibawa oleh rasul-rasul terdahulu, Nabi Muhammad S.A.W adalah sebagai penyambung dan penamat sekalian nabi, menyeru dalam mengesakan Allah, membentuk akhlak manusia, membebaskan dari menyekutukanNya, amar makruf dan nahi mungkar.

9) Tulen dan Kekal : 
AlQuran dipelihara oleh Allah daripada diseleweng. (alHajr:9) Jika seorang khatib salah membaca sepotong ayat, maka beribu manusia akan menegurnya.

10) Adil, Tidak menzalimi : meletakkan sesuatu pada tempatnya 



Sempurnya agama Allah, :')
Semoga sahabat-sahabat terus thabat..


#DaurahKitab : Kitab Al-Islam Syariatu Al-Zaman Wa Al-Makan (karangan Dr.Abdullah Nasih Ulwan)