Recent Posts

Wednesday 20 August 2014

Hikmah?

Bila mana kita asyik mencari hikmah, sampai kita tak sedar yang apa yang kita lalui sekarang nie lah hikmah yang Allah nak tunjuk. Sepanjang duduk dekat Sabah nie, dah tak terkira berapa banyak kali menangis. Kalau dekat Mesir dulu sebab 'homesick', dekat sini........................... *sigh*

Memang kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku masa depan nanti. Dulu ingat boleh graduate sekali dengan kawan-kawan satu batch dekat Mesir, tapi akhirnya dekat Sabah jugak tercampak. Ingat lepas datang Sabah, takda lagi dah masalah dengan rumah dan pengurusan university yang teruk, sekali tengok lebih kurang ja. Dan ingat dekat sini boleh laa kerja awal, sekali kena extend jugak semata-mata nak complete kan subjek teras university dengan MUET. Dah la elaun sikit.... T_T

Bila dah jadi macam nie, hati nie dah macam redha ja. Dah takda air mata lagi nak menangis. Penat.. Terlampau penat.. 

Biarlah hati nie belajar untuk jadi kuat sikit... Selepas apa yang terjadi, hang nak give up wani?? hahahahahaha..




*p.s: orang lain sibuk fikir pasal nak bina bait muslim... kita?


tak boleh nak fikir pun.. banyak lagi yang tak setel :(