Recent Posts

Wednesday 12 March 2014

Kitab Al-Islam Syariatu Al-Zaman Wa Al-Makan

Sebenarnya daurah kitab nie dah lama, cuma baru rasa nak share dekat sini.. well, i was deeply in touched by the talk. don't know if you will feel the same way like I do kan.. hehe
and tak tau laa kalau betul tak apa yang saya sempat salin sepanjang talk tuh, just from cebisan-cebisan nota yang berterabur, so correct me if I'm wrong. and tell me what did I miss.. :)


"Kita tidak akan merasa bangga dan mulia dengan agama kita jika kita tak kenal dan tahu agama kita sendiri..." -Ustaz Syafiq-

Hebat dan istimewanya syariat Islam berdasarkan 10 ciri-ciri syariat:

1) Ketuhanan : 
Agama itu dari Allah. kerana manusia sifatnya lemah dan mudah tepengaruh dengan keadaan, tempat, etc.. 

2) Universal : 
Islam membawa rahmat dan petunjuk buat sekalian makhluk. Tidak kira sama ada dia orang arab, handsome ka tak.. Sebagai contoh, Bilal bin Rabah seorang hamba Habsyi (yang gelap) kedengaran tapak kakinya disyurga.. Dan ketahuilah, hanya takwa yang membezakan kita disisiNya.

3) Syumul (menyeluruh) : 
AlQuran didalamnya telah diceritakan segala sesuatu tentang kehidupan. Baik dari segi ekonomi; catit hutang (alBaqarah:282), Jenayah; Qisas (alBaqarah:178), Perlembagaan; syura @ mesyuarat (asSyura:38) dan even nak masuk tandas pon kita diajar untuk melangkah dengan kaki kiri..

4) Islam Boleh Menerima Perubahan : 
Islam meraikan perubahan. Kayu sugi kepada berus gigi. Kecuali yang mana nas-nasnya telah disebut di dalam alQuran secara tetap; isu akidah, rukun iman dan hukum ibadat. Islam memandu perubahan itu dengan meletakkan asas. Seperti binaan rumah yang memerlukan kepada tiang sebagai asasnya, namun terpulanglah untuk membina sebesar mana, atau untuk mengecat warna apa..

5) Mengimbangi Material dan Spiritual :
Mengimbangi hak kepada Allah (ibadah), hak sebagai individu dan juga hak kepada masyarakat. Pengutamaan aspek pembinaan roh penting tanpa mengabaikan penjagaan jasad. (alQasas:77)

6) Mengimbangi Individu dan Masyarakat : 
Hak individu untuk memiliki sesuatu, untuk belajar dan hak kemuliaan. Dan setiap dari kita ada hak masing-masing dalam masyarakat.

7) Islam agama yang Mudah dan Relevan : 
Contoh didalam bab solat, beberapa rukhsah(kelonggaran) diberikan bagi sesiapa yang tak mampu berwudhuk, disuruh bertayamum, tak mampu untuk berdiri, disuruh duduk, tak mampu duduk, berbaring...

8) Menyempurnakan Syariat yang terdahulu : 
Seperti mana yang telah dibawa oleh rasul-rasul terdahulu, Nabi Muhammad S.A.W adalah sebagai penyambung dan penamat sekalian nabi, menyeru dalam mengesakan Allah, membentuk akhlak manusia, membebaskan dari menyekutukanNya, amar makruf dan nahi mungkar.

9) Tulen dan Kekal : 
AlQuran dipelihara oleh Allah daripada diseleweng. (alHajr:9) Jika seorang khatib salah membaca sepotong ayat, maka beribu manusia akan menegurnya.

10) Adil, Tidak menzalimi : meletakkan sesuatu pada tempatnya 



Sempurnya agama Allah, :')
Semoga sahabat-sahabat terus thabat..


#DaurahKitab : Kitab Al-Islam Syariatu Al-Zaman Wa Al-Makan (karangan Dr.Abdullah Nasih Ulwan)

0 comments:

Post a Comment